dupavisitometer

menteri nkra yang tak tahu apa yang dia 'nkra'kan

*puad zarkashi pun join sekali dalam berita seram ini

notes:-

tsu koon adalah menteri nkra. menteri yang jaga prestasi menteri-menteri yang jaga kementerian. setiap kementerian ada nkra. nkra ekonomilah, keselamatanlah dan pelbagai mak nenek lagi hantu yang bernama nkra ini.

jadi, apabila seorang menteri yang sepatutnya memantau 'prestasi' selalunya kewangan dan pencapaian qualitatif (yang boleh ukur) sesebuah kemeterian pun 'have no idea' dengan salah belanja dan salah beli kementerian-kementerian yang dia patut pantau, kita mungkin boleh membeikan pandangan yang pelik tentang bagaimana kementerian-kementerian ini membelanjakan peruntukan yang diberikan. 

memang sedikit lawak apabila tsu koon sendiri minta sprm pula yang siasat, sebab 'first layer of checking' seharusnya tsu koonlah yang memantau. 

adakah audit negara audit benda yang tidak didalam nkra kementerian? itu lagi pelik.sekadar bertanya. 

sumber: utusan 31/10/11 "elak tanggapan negatif"

palestine kini ahli unesco


palestine secara rasminya diterima menjadi ahli unesco. palestine, dalam usahanya mendapatkan pengiktirafan sebagai sebuah negara di PBB, telah mendapat sebanyak undi sebanyak 107 menyokong, 14 menetang dan 52 berkecuali. keseluruhannya berjumlah 173 undi, dan palestine memerlukan sekurang-kurangnya 81 undi untuk diterima menjadi ahli unesco.

namun begitu, seperti yang dijangkakan, keputusan ini mendapat tentangan awal daripada israel laknatullah dan proksinya, amerika syarikat. telah tedapat suara sumbang dari amerika bahawa unesco bakal kehilangan 22% nilai tajaan daripada amerika yang berjumlah USD 80 juta untuk agensi tersebut. amerika juga telah menyuarakan kebimbangan bahawa pelan damai israel-palestine mungkin akan menemui jalan buntu sekali lagi. 

israel diterima masuk menjadi ahli unesco pada 1949, setahun selepas pencerobohan terhadap tanah shuhada palestine. dilucutkan keahlian oleh unesco pada tahun 1974, atas tuduhan menghancurkan historical sites di baitulmuqaddis namun keahlian tersebut diperbaharui pada tahun 1977, selepas proksinya, amerika mengugut untuk menarikbalik tajaan bernilai USD 40 juta terhadap agensi tersebut.

palestine kini menumpukan usaha untuk mendapatkan keahlian PBB dan Majlis keselamatan PBB. Palestine, yang kini menjadi ahli UNESCO berhasrat supaya monument penting yang merupakan hak palestine diiktiraf sebagai world heritage, supaya monumen - monumen ini tidak lagi dikawalselia secara bersenjata oleh israel. 

Semoga palestine berjaya mendapatkan mendapatkan keahlian PPB dan majlis keselamatan PBB. berharap sangat pak sheikh-pak sheikh arab yang kayo gilo boleh payung unesco lebih sikit supaya amerika hilang taring dengan USD 80 jutanya itu.


Sumber:-

Wiki : UNESCO
Khaleej Time: Palestine becomes UNESCO Member
voice of america: UNESCO grants Palestine full membership
(302)

manusia ke 7 biliun


mengikut registrar united nations (UN), bayi diatas mungkin adalah penduduk bumi yang ke 7 biliun, selain baby yang diberikan nama nargis yang dilahirkan di lucknow, uttar pradesh, India. samada filipina atau india tidak penting, yang penting populasi bumi sekarang, mulai 31 oct 2011 sudah mencecah 7 biliun manusia.

manusia yang 6 biliun adalah Adnan Mevic, seorang bayi berketurunan bosnia yang dilahirkan pada 12 oct 1999, dalam tempoh 11 tahun, penduduk dunia sudah bertambah 1 biliun orang. 

inilah yang menjadi keresahan setiausaha agung UN, ban ki moon kerana menurutnya, ia bukan sekadar nombor, ianya berkaitan dengan manusia.

menurut ban ki moon lagi, dimana dan bilaman pun dia dilahirkan, yang pastinya dia telah lahir ke dalam dunia yang penuh pancaroba dan penuh kontradik. begitu banyak makanan, tetapi masih banyak yang tidur dalam kelaparan, begitu banyak yang hidup bermewah-mewahan, tetapi begitu banyak juga yang hidup melarat, katanya. 

kata ban lagi, 7 biliun orang yang memmerlukan makanan yang cukup. bekalan tenaga yang cukup. peluang yang seimbang untuk pendidikan dan peluang pekerjaan. jaminan hak dan kebebasan. kebebasan bersuara. kebebasan dan hak untuk membesarkan anak-anak mereka dalam suasana yang aman dan selamat.

secara mudahnya, apa yang anda mahukan yang terbaik untuk diri anda - gandakan 7 biliun kali. 



Sumber: Khaleej Time - AFP - "World Population Reaches 7 Billion" (96).

(84) maybe he's next


presiden syria, bashar al-assad yang kini menghadapi pemberontakan rakyat yang bangun berikutan mood revolusi tunisia, mesir dan libya, mengingatkan kuasa barat 'westerner' bahawa sebarang campur tangan dalam politik domestik syria akan menyebabkan 'gempa' di rantau middle east. 

ini disebabkan oleh, menurut bashar, syria adala sebuah negara yang mempunyai lanskap politik serta sejarah yang berlainan dengan mesir, tunisia dan libya.juga, faktor syiria merupakan hub ekonomi middle east juga perlu diambilkira, dan westerner barangkali tidak mahu melihat sebuah lagi afghanistan dilahirkan di tengah-tengah middle east.

rakyat syria yang telah bangun menentang kerajaan pimpinan bashar dikatakan telah meningkat tekanan, dan seramai 50 orang awam telah menjadi mangsa dalam tempoh 48 jam ini.

bashar al-assad telah berkuasa selama 11 tahun (2000-hingga kini) dengan mewarisi permerintahan bapanya, hafez al-assad yang sebelum itu memerintah syria selama 29 tahun (1971-2000). bahsar al-assad mewarisi perjuangan domestik bapanya menentang ikhawnul muslimin sejak 1950, dan dia berkata akan terus menyambung perjuangan bapanya itu.

bashar al-assad telah menghalang media antarabangsa memasuki syria sejak tercetusnya pemberontakan rakyat tersebut. 

sumber: Syria's Assad warns Western powers

serba ringkas: pas, umno dan pkr

pas

selepas pru 12, pas makin mendapat tempat. mungkin sebab dalam PR, namun sokongan bukan islam semakin menarik. pas ada kelantan sejak 1990. ada tok guru nik aziz. namun selalu goncang bila dapat majoriti. ada batu dalam kasut sibuk nak bergabung. sedangkan sebelum ini, umno ingin pun tidak dengan pas. apa yang tidak di kata umno pada pas? golongan professional dan anak muda makin terbuka dengan pas. pas banyak rahsia. safnya rapat. namun, masih kurang konkrit melantun imej di persada antarabangsa. umno nampak liberal, pas masih fundamental. pas banyak sangkut dekat hal remeh temeh. hal yang tak patut masuk media perdana yang akhirnya jadi 'peluru' nak tembak pas balik. pas pun macam tak baik dengan institusi agama negeri. kalau pasal parti tu tak mengapalah, tapi ini pasal Islam, pasal baitulmal, pasal zakat, pasal murtad, pasal nak tolong orang miskin, tidakkah boleh merendah diri sikit, ikut prosedur atau ikut angin institusi negeri cari selesaian terbaik.

 umno

kawan-kwan umno dalam bn cedera teruk dalam pru 12. umno jadi penyelamat. namun, umno semput undi dalam bandar. umno sekarang sudah jadi parti kampung. pimpinan akar umbinya sebelum 2008, sombong nak mampus. jarang turun bertanya khabar rakyat. 2008 banyak umno heavyweight menang sebab undi pos, kemudian kira banyak kali. umno banyak terlepas stronghold. lepas 2008, banyak cendawan ngo bersuara macam umno. ironinya, zaman tun M, ngo jadi pondan. lepas zaman tun m, ngo macam dapat taring. sebagai pemerintah, umno banyak susun think tank cuba serap tekanan ekonomi luar. namun, kronisme, rasuah dalam dan luar umno, persepsinya makin teruk. banyak 'jin-jin komisien' merayau-rayau cari projek, cari 'payment'. dulu pun ada, cuma sekarang makin terang. dan, banyak umno heavyweight persona bikin lumpur palit semua dalam umno. baru macam nak dapat sokongan dengan bermacam transformasi alal optimus prime, nak 'roll out' sana sini, sudah kena pancung dengan puak-puak decepticons dalam umno sendiri. samada sabotaj atau memang suka buat tindakan buduh, tidaklah dapat dipastikan.

  pkr

ini parti multi-racial. ironinya, pkr lagi 1malaysia dari umno dan pas. ini parti bini, anak dan kawan-kawan anwar ibrahim, namun begitu jentera pimpinan yang bukan kawan-kawan, bini dan anak anwar ibrahim boleh terima keadaan ini. kenapa? sifirnya mudah, sebab zaman tun abdullahz hanya pkr hanya ada satu 'seat' sahaja, permatang pauh. lepas 2008, pkr macam malik mahu langgar king (umno). satu keadaan yang normal. anwar jadi unsur neutral dalam hubungan pas-dap. tapi, pkr banyak sangat katak tak bermaruah. lompat sana-lompat sini sampai pecah telur. kalau anwar kuat, orang-orangnya tak lompat, kata sesetengah orang. mungkin betul. orang umno pun bising-bising kat luar. head to head dengan anwar, ramai tak sanggup. takut berbuih mulut, mungkin. pkr ada biasan imej umno, imej mca dan imej mic. ini tidaklah pelik, sebab banyak pimpinan heavyweight pkr asal usulnya dalam kem bn juga. 

p/s: itulah serba ringkas. sebab 'feel'nya sekarang macam tiap-tiap hari nak PRU 13. suis je tak tekan lagi. 

light painting (khat)

sila klik (blog serious - obefiend) untuk lebih banyak gambar dan maklumat pasal hasil seni kreatif ini.


 

madah pembinasa by valossa vicious

aku jumpa 'madah pembinasa' dalam blog valossa vicious (black spiral) yang aku rasa 'fresh' dan ada sentiment. gambar sekadar hiasan dan tidak relevan.

madah pembinasa
by valossa vicious (24 april, 2011)

mulut manis
bibir merah rekah
hati hitam haram jadah.


rambut sama hitam
punggung sama legam
belakang sesama tikam.


berdiri sama tinggi
duduk sama rendah
betina sama kekah


buai laju-laju
sampai pokok sana
apa dalam baju
woi bajukah lagi tu??

elok sangatlah ni, zul nording join ngo racist extremist perkasa

no comment please. they seem are meant for each other.

(news from malaysiakini - Zul Noordin di lantik Naib Presiden PERKASA a.k.a NGO Bangang)

he is bullshitting everbody, especially those in UMNO, he is a human-frog-human transfromer


he also bulshitting his voters in kulim, in the name of .... so i speak

laporan audit negara yang mengecewakan

minggu ini media alternatif dan netizens panas dengan laporan audit negara yang nampak pelik dan membuat kita terfikir tentang kewajaran menjustifikasikan tadbir urus perbelanjaan dan kelulusan projek oleh kementerian dan jabtan-jabatan kerajaan. macam pendedahan laporan audit berkenaan pembelian bot RM 7.51 juta di atas (sumber Ameno world). 

selain itu juga, ada juga laporan berkenaan kegagalan projek penternakan lembu satelit yang bernilai ratusan juta, juga dengan laporan pembelian berpuluh ekor kuda untuk acara 'racing' tetapi tidak dapat diturunkan yang menelan belanja berpuluh juta juga duit kerajaan. duit kerajaan maknannya duit rakyat. bukan duit mak bapak perdana menteri, duit mak bapak timbalan perdana menteri, duit mak bapak menteri-menteri, duit mak bapak pengarah-pengarah jabatan kementerian. beratus juta itu adalah duit rakyat dan amatlah mengecewakan  melihat laporan bagaimana duit rakyat dibelanjakan.

isunya bukan baru, sebab saban tahun laporan audit negara akan menimbulkan keraguan cara berbelanja dan prosedur perbelanjaan yang sama.

juga, modus operandi bagaimana perbelanjaan ratusan juta itu boleh lepas juga lebih kurang sama, antaranya 'political connected', 'direct nego', 'quality defect pay in full', 'procedure not properly followed', 'material highly overpaid' & 'overdue delivery pay in full (macam kes bot di atas).

sedih dan mengecewakan.

bila melayu cina semua nak raba



entah siapa yang mula, namun political blogger kembali membuat onar dalam gelung politik perdana malaysia. sebermula dengan cerita bayar ganti rugi sebab anak MB meraba, kemudiannya riuh rendah, dia kata tipu dia kata betoi, akhirnya terkantoi dengan sendirinya gambarny adalah cut and paste dalam web kejohanan catur yang tiada kena mengena dengan lanskap politik malaysia yang akhirnya semua malu sendiri dan merasa bengong dan paling sedih politikal blogger tiba-tiba jadi kecut telur sendiri telan.

penutupnya, perdana menteri sendiri terpaksa komen yang dalam berpolitik mesti ada etika, jangan sampai cross the line sampai membabitkan ahli keluarga yang tidak bersalah. tiba-tiba jadi politik kampung. riuh dihulu, bawa ke hilir kemudiannya datang tok penghulu yang tolong settle. sungguh bengong.

sepatutnya, lanskap politik malaysia ini advance, dan berhemah, dan isunya pun kritis, puitis dan menangis.

kasihan, namun bila difikirkan balik, bak kata seorang rakan, memang dalam negeri yang alangkah lucunya ini, kita memang mandul negarawan (statesman).

PRU Tunisia: Parti Ennahda di jangka menang.



Ennahda, sebuah parti yang berteraskan Islam (antara pemimpinnya Rashid Al Ghanushi), berdasarkan kepada kiraan undi semasa, dijangka akan memenangi PRU Tunisia yang berlangsung ahad lepas (23/10/2011).

Ini adalah PRU "bebas" buat pertama kalinya selepas kejatuhan regin zainal abidin ali yang dijatuhkan oleh kuasa rakyat yang muak dengan kezaliman, tipu daya, provokasi, penindasan serta 'kebongkakkan' 1st ladynya (Leila Ben Ali). PRU ini dikatakan 'bebas' kerana PRU di zaman pemerintahan zalim zainal abidin ali dikawalselia oleh kementerian dalam negerinya (interior ministry) yang report direct pada zainal abidin ali.

Ennahda sepanjang tempoh kempen telah menyatakan dengan jelas bahawa mereka membawa aspirasi yang sama dengan parti AKP, pimpinan Tayyip Erdogan yang memenangi PRU Turki yang June 2011 yang lalu yang telah memenangi PRU Turki untuk 3 penggal berturu-turut..

Tunisia mempunyai 4.1 juta pengundi berdaftar, dan mengikut rekod yang keluar mengundi, hampir 90% pengundi berdaftar keluar mengundi. keputusan penuh pilihanraya akan diumumkan pada selasa, 25/10/2011. Obama dan Hillary Clinton dalam response awal merayakan kejayaan sistem demokrasi Tunisia namun tidak memberikan sebarang komentar terhadap potensi kemenangan parti berteraskan Islam di dalam PRU tersebut.

parti sekular utama Tunisia, PDP telah mengumumkan kekalahannya secara rasmi melalui sidang akhbar ketuanya, Puan Maya Jribi. " Ianya amat jelas. kami telah disingkirkan. rakyat tunisia telah membuat pilihan". 

mesej pada bonda adel melalui adel

adel;

babah rindu gila pada adel. cakap juga pada bonda, babah rindu sama bonda jugak. bagitau bonda tau. nanti bonda ingat babah rindu adel sorang je, tak rindu kat bonda.

adel jangan risau babah kat sini. babah makan, tido insha'allah ok kat sini. cuma keje babah dah datang pelan-pelan. keje babah kat sini tak laju mcm kat malaysia, tapi pelan-pelan je dia datang. tak macam masa adel merangkak laju. kalu adel rasa adel merangkak tu laju, tunggu adel boleh berdiri dan berjalan nanti. adel taullah bezanya laju merangkak dengan laju berjalan.

babah dengan bonda tengah plan baik punya nak bawak adel jumpa babah kat sini, kat dubai. bila adel datang, babah bawak adel ngn bonda jalan-jalan ok. kita tengok burj khalifa, kita lepak-lepak kat dubai mall, kita jalan-jalan dekat al-ras dan market emas lama dubai di burdubai.

adel tak percaya babah rindu kat adel? hari-hari babah cium baju dengan bantal busuk adel yang bonda bekalkan tu. bantal busuk adel babah bawak tido sekali, sekarang mana bau air liur basi babah dengan bau peluh adel dulu babah pun dah tak tau.

apa pun, babah sayang sangat pada adel dan bonda adel. adel duduk dengan bonda, dengan atuk, nenek dan opah baik-baik tau. nanti kita jumpa lagi. rindulah kat adel. rindu sangat. masa berlalu takkan kembali. babah minta maaf sebab berjauhan dengan adel masa adel umur 8 nak masuk 9 bulan. inilah satu-satunya cara babah nak tingkatkan diri dan ekonomi negara kecil kita adel. ya, negara kecil kita hanya ada babah, bonda dan adel. harap bila adel dah besar nanti, adel faham apa itu pengorbanan dan apa yang kita korbankan dan atas sebab apa yang sanggup kita berkorban.

babah pegang portfolio menteri kerjaraya, buruh dan pendapatan dalam negeri. jadi babah kena banyak berusaha walaupun sampai luar negeri. babah serahkan portfolio menteri kewangan pada bonda supaya pampers, susu, rompers, seluar dan baju dan kebajikan permainan adel dijaga dan dijamin oleh bonda. tapi adel kena ingat semua ni datang dan dengan keizinan ALLAH SWT. 

babah banyak bersyukur kat sini. syukur dengan nikmat. adel pun kenalah rajin-rajin bersyukur. nanti tanya kat bonda macamana nak bersyukur ya sayang. ok lah, dah lama pulak babah menaip ni. kang bos babah tegur pulak. babah bukan tan nak call, tapi call kat sini mahal sangat. itu pasal bila call adel tak dengar babah cakap-cakap ngn adel, adel hanya dengar babah timang-timang adel je.

ok adel, kirim salam pada semua. kirim salam sayang dan rindu dan moga kita berjumpa lagi. salam bucuk bucuk babah tu. sayang dia. muahhh...muahhh...

dari;
babah yang hensem, dubai

3 hari selepas kematian muammar gaddafi

hanya semalam (23/10/2011) angkatan bersenjata pembebasan Libya atau pun National Transitional Council (NTC) membuat deklarasi bahawa Libya sekarang sudah merdeka dari kedurhakaan diktaktoran muammar gaddafi dan kini mengecap kebebasan.

inilah dia ketua gerakan NTC Libya, saudara mustafa abdel jalil


dan ini pula antara top militari advisor yang menjadi perancang kepada kejatuhan muammar gaddafi, saudara Omar Al-Hariri


dan, muammar gaddafi bersama anaknya mo'tassim gaddafi masih lagi 'ditayangkan' disebuah kedai daging beku di sirte untuk tontonan ramai. (kredit pada blogserius-obe)

gaddafi: rise & fall

muammar gaddafi, mati ditembak semalam, 20/10/2011. visual jenazah dan perarakan diktaktor yang rise to power paling muda dunia (selepas menggulingkan  'king Idris' pada tahun 1969)  ini telah menjadi sebaran umum. National Transitional Council (NTC) yang menggerakkan usaha menjatuhkan muammar gaddafi telah mengaku bertanggungjawab atas kematiannya. 

gaddafi bukan asing dalam menyatakan sokongannya terhadap aktiviti kiri dan melawan US+UK sebagai superpower. namun pada tahun 2004 gaddafi kembali ke pangkuan UK dan pada tahun 2006 US telah menerima kembali libya (gaddafi) dalam peta dunia dan menarik balik sekatan ekonomi terhadap libya.

aneh, dalam tempoh 5 tahun (2006-2011), NTC berjaya menumbangkan diktaktor gaddafi yang berkuasa selama 40 di libya dalam tempoh kurang 9 bulan (Feb '11 - Oct '11) dengan bantuan NATO. 

nampak macam UK + US punya perancangan teliti untuk menjatuhkan gaddafi sejak menerima semula dia dalam circle of power mereka. mungkin. dunia mungkin lebih aman tanpa gaddafi.


sumber berita: khaleej times online

kembara dubai: sharjah persekitarannya


(sharjah gold souq - kiri kanan kedai emas)


salam. bertemu lagi dalam catatan kembara dubai. untuk wilayah arab bersatu emirates (united arab of emirates) wilayah paling popular adalah dubai. dubai sejak 1997 telah terkenal dengan status modernizationnya. dubai adalah tumpuan para-para expat UAE kerana dengan burj khalifah, al-ras gold market, yas island, dan juga gedung-gedung membeli belahnya yang majestic.

dubai juga menjadi tempat persinggahan international celebrities, dan pada 25 oct ini, tiket untuk menyaksikan konsert metallica juga sudah habis dijual.

namun, selain dubai, sharjah juga menjadi tumpuan para-para expat yang berpendapatan rendah (immigrans) yang rata-ratanya datang dari india, pakistan dan bangladesh. jika di sharjah, hampir kesemua pemandu teksinya berasal dari pakistan. dan teksi-teksi ini akan beroperasi 24 jam dengan sistem syif. pada mulanya pelik juga, sebab ada ke pelanggan lagi selepas pukul 12 malam di dubai-UAE? jawapannya ada, sebab kebanyakkan gedung membeli-belah di dubai tutup pukul 2 pagi. fuh, pak arab ni memang suka shopping sakan nampaknya.

dan, makanan dan kos sara hidup di sharjah & dubai ini boleh dikirakan sebagai tinggi juga. sistem cukai ala-ala GST dikenakan sebanyak 10%. tinggi bukan? kita 6% sudah terasa tinggi. disini, memang dikenakan 10% untuk semua barangan. dan sharjah kini cuacanya makin menyejuk dan insha'allah akan berterusan sampai ke bulan march 2012.

cuma, yang tak berubah adalah kerinduanku kepada Adel dan bondanya. juga kepada mak di kampung. juga pada abah dan mak di subang. rindu pada hazeem, abahnya roslan, cik no, ima dan jiah dan semua pak-pak sedara dan famili di kampung. tapi, itulah adatnya kalau berjauhan. cuma hanya boleh bersabar.

kurus-gemuk-kurus (Drew Manning)

Minggu ke-1: 07/05/2011

ini adalah Drew Manning, seorang personal trainer yang menjalankan eksperimen ke atas dirinya sendiri yang aku panggil "dari kurus jadi gemok jadi kurus balik" (Fit2Fat2Fit).

kebanyakan client drew akan cakap "ko tak gemuk, senanglah suruh orang senam, cuba ko gemuk, mesti susah punya" apabila dia menjalankan sessi senaman. oleh sebab itu, bermula pada 07/05/2011 yang lalu, en. drew kita telah menetapkan untuk menjadi gemuk dalam tempoh 6 bulan, dan mejadi kurus dan fit semula untuk tempoh 6 bulan berikutnya. 

harapan en drew kita, agar dia dapat merasai cabaran-cabaran emosi dan fisikal menjadi orang gemuk yang ingin kembali fit dan kurus. 

Selepas 23 minggu, inilah rupa en.drew kita, dan dia masih ada 4 minggu lagi sebelum boleh untuk bersenam untuk kurus.

 Minggu ke-23:  15/10/2011

untuk menjadikan perjalanannya ini real, drew akan menjalani kehidupan biasa dan makan makanan yang biasa dimakan oleh orang-orang gemuk america, mcm makan coklat, tak bersenam dan bermalas-malas depan tv.

Jadi, perjalanan en.drew ini, bagi yang berminat boleh surf blog dan follow FB en.drew di

ganguan imej: padah hisap rokok dunhill pack 20

gambar macam yang tertera dekat kotak rokok. 
padah menghisap rokok.
berhentilah.
ingatlah yang tersayang. 
anda mampu mengubahnya.

bob lokman, jais dan pas

dalam perkembangan terbaru, bob lokman kena tangkap jais sebab beri ceramah tanpa lesen. ya, di selangor bukan sahaja kena ada lesen kereta, lesen berceramah pun kena ada juga.

yang pelik, ianya berlaku di selangor, dan jais nampaknya 'melawan arus' dan berhaluan kiri dengan kerajaan selangor. jika sebelum ini ramai orang menganggap apabila PR memerentah selangor, urusan ceramah ini akan menjadi lebih mudah, nampaknya tersasar. 

sebelum ini, khalid samad juga telah dikenakan tindakan oleh jais atas sebab yang sama.

betul untuk ceramah kena ada lesen. supaya isi ceramah itu nanti tidak seleweng dan sesat. namun, bob berada dalam majlis pas sebagai penceramah jemputan. dan, pas adalah parti komponen yang memerentah selangor. seharusnya penangkapan ini tidak teknikal dan belas ehsan dan budi bicara mungkin merupakan jalan terbaik sebelum jais 'memberkas' bob lokman.

sekarang, bob lokman, pas dan jais sudah terheret ke lubuk publisiti murahan yang mana imej profesionalisma dan ketelusan jais menegakkan undang-undang yang menjadi taruhan. bob seorang selebriti. dia teksi tunai. sayang, jalan perdamaian seharusnya menjadi pilihan untuk menamatkan polemik ini.

akhirnya, pas, bob dan jais sama-sama rugi kerana membenarkan bahawasanya melayu-islam ini memang suka bergaduh dan berantakan sesama sendiri. perlukah kita pada satu lagi konflik sedangkan kita sudah ada konflik umno-pas dan umno-anwar yang berpanjangan?

lagi sedih, orang ini sekali lagi terlibat dalam urusan kacau ini.

love, love, love

Adel when just 2 days old. (05/01/2011)

adel when was 2 1/2 months and well-shaved (23/03/2011)
 
 adel when was closed to 6 months. (28/06/2011)


adel when was 7 months plus. (20/07/2011)

adel when 8 months plus. he is now trying hard to keep the feet on the ground. (14/09/2011)

bonda & babah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat-NYA dengan setinggi-tinggi syukur.

steve jobs speech @ stanford university (video & full script links)

'You've got to find what you love,' Jobs says. (This is a prepared text of the Commencement address delivered by Steve Jobs, CEO of Apple Computer and of Pixar Animation Studios, on June 12, 2005.)


If i never... (1) - dropped out from college.

f I had never dropped out, I would have never dropped in on this calligraphy class, and personal computers might not have the wonderful typography that they do. Of course it was impossible to connect the dots looking forward when I was in college. But it was very, very clear looking backwards ten years later.

if i never... (2) - kicked out from Apple at age of 30.

I didn't see it then, but it turned out that getting fired from Apple was the best thing that could have ever happened to me. The heaviness of being successful was replaced by the lightness of being a beginner again, less sure about everything. It freed me to enter one of the most creative periods of my life.

if i never...(3) - known i had a pancreas cancer.

Remembering that I'll be dead soon is the most important tool I've ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything — all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure - these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose. You are already naked. There is no reason not to follow your heart.

stay hungry. stay foolish.
(steve jobs, 1955-2011)

a few dropouts who made it big

1. Indian cricketer Sachin Tendulkar never attended college.  
Photograph: Manjunath Kiran/AFP/Getty Images

2. Steve Jobs got himself enrolled in Reed College in Oregon, but one semester later, he dropped out. Photograph: Justin Sullivan/Getty Images
 
3. After scoring a near-perfect 1590 on his SATs, Bill Gates enrolled in Harvard but left without a degree to start Microsoft Corporation. Photograph: Scott Olson/Getty Images
 
4. Larry Ellison, Oracle co-founder, attended the University of Illinois but left at the end of his second year, as he skipped the exams following the death of his adoptive mother. He then went to the University of Chicago, but didn’t stay beyond a term.  
Photograph: Kimihiro Hoshino/AFP/Getty Images
 
5. WikiLeaks founder Julian Assange attended the University of Melbourne, majoring in physics and mathematics. He received only a minimum grade for math and left the university soon to start his own venture. Photograph: Oli Scarff/Getty Images
 
6. After the wonder effect of Facebook, Mark Zuckerberg packed his dreams and left Harvard to relocate to Silicon Valley. Photograph: Kimihiro Hoshino/AFP/Getty Images
 
7. Hollywood film director Quentin Tarantino is a high school dropout who went to work in a video store for his love for movies. Photograph: Bertrand Guay/AFP/Getty Images
 
8. Hollywood director Steven Spielberg was not known for his academic excellence. Interestingly, he even failed to get admission into a film-making institute! 
Photograph: Frazer Harrison/Getty Images

9. English business magnate, Sir Richard Branson, best known for his Virgin Group, had a difficult time in school because of his dyslexia. He left school when he was only 16. 
Photograph: Mark Wieland/Getty Images
 
10. Fashion designer Ralph Lauren, the founder of Polo, left the City College of New York business school to design ties for Beau Brummel. He launched Polo later that same year. Photograph: Peter Michael Dills/Getty Images for Mercedes-Benz Fashion Week
 
11. Former American Idol judge Simon Cowell dropped out of school at age 16 and landed a job in the mailroom at EMI. At 23 he left to start his own record label, Fanfare. 
Photograph: Frederick M. Brown/Getty Images
 
my sad note: dropouts list who don't make it just too long to write...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...