dupavisitometer

30 dis 2011, hari berkerja akhir untuk 2011

esok (30 dis 2011) adalah hari bekerja akhir untuk masyarakat buruh yang bekerja isnin-juma'at, 5 hari seminggu. untuk yang bekerja ahad-juma'at, 5 hari seminggu, hari akhir bekerja 2011, adalah hari ini (29 dis 2011), macam di kelantan dan kedah, dan kebanyakkan negara di wilayah middle east, macam emiriyah arab bersatu (UAE).

habis sudah apa yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk tahun 2011. tanggungjawab untuk tahun 2012 pula sudah menunggu. adakah kita akan lebih penat daripada tahun 2011, hanya Allah SWT sahajalah yang maha mengetahui.

bagi yang masih mempunyai pekerjaan untuk tahun 2011, bersyukurlah. bagi yang masih menganggur dan tidak bekerja, bersabar dan berusahalah dengan keras untuk mendapatkan pekerjaan halal. bagi yang masih mengamalkan rasuah dalam bekerja, berhentilah. untuk yang muslim, berhentilah memberikan perut sendiri atau tanggungan mu dengan harta rasuah. setiap anggota badan yang tumbuh dengan hasil rasuah dan bersumberkan haram, sesungguhnya neraka jahannam lebih aula jamahannya.

aku sukakan kerja aku sekarang. syukur Alhamdulillah. tetapi, tanpa sokongan keluarga kecil aku, terutamanya isteriku ummi kalsum abdullah yang banyak berkorban masa dan tenaga untuk melayan kerenah aku dan anak kecil kami, ahmad adel al-kalbaani, mungkin aku banyak stress dan gagal pula berkhidmat sebaik mungkin. juga sekalung penghargaan buat ibu tercinta, puan Halila bt. Md Desa, serta ayahanda Imam Hj. Abdullah Tuda serta bonda Mariam bt. Jabal.

by: muroza 29/12/2011.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...