dupavisitometer

perlambangan demokrasi filem 'swing vote'

one man, one vote, no clue
kesempurnaan dan kecacatan apa yang dikatakan sistem politik demokrasi itu barangkali diterjemahkan dengan hampir sempurna di dalam filem 'swing vote' (2008). filem ini me-realiti-kan apa yang dikatakan 'your vote count'. 

di dalam filem ini, seluruh proses demokrasi akhirnya harus bergantung kepada satu undi seorang warga biasa yang apa kita kenali dengan terma 'pengundi atas pagar' di wilayah terpencil di texico, new mexico yang telah dijamin haknya untuk melakukan re-casting vote dalam tempoh 10 hari, setelah undinya pada hari mengundi tergendala secara tidak sengaja.

maka, dalam tempoh 10 hari inilah kita dikembangkan dengan realiti proses demokrasi konteks amerika, namun sangat dekat dengan realiti demokrasi ala-malaysia hari ini melalui perlambangan 2 utamanya;

bud (kevin costner) - pengundi atas pagar.

diwatakkan sebagai average american dalam lingkungan 50 an. seorang loser dari segala segi pentakrifan masyarakat. seorang loser yang disbelief undinya dapat mengubah apa-apa terhadap negaranya, sama seperti gagalnya dia mengubah hitung nasibnya selama ini.

mungkin watak ini melambangkan dilema-dilema asas 'pengundi atas pagar' samada yang mempunyai kesedaran atau tidak, menanam kepercayaan bahawasanya undi mereka itu tidak penting dan tidak signifikan dalam menentukan siapakah yang berhak mencorak pemerintahan negara di masa hadapan.

namun, melalui watak ini, ditonjolkan bahawasanya memang ada 'dosa' yang lebih besar daripada itu bersikap seperti itu. antaranya ialah dengan memilih untuk bersikap tidak apa, iaitu dengan tidak mendaftar, tidak keluar mengundi, serta secara sengaja merosakkan undi, atau atas kata lain gagal membuat pilihan.

walaupun mereka cuba 'ghaib' dalam konteks politik domestik, namun keputusan golongan ini yang tidak membuat pilihan, secara harfiahnya kesan tindakan mereka ini bukan sahaja memberikan kesan kepada diri mereka, bahkan secara kolektif sebenarnya mempunyai impak yang besar kepada sesebuah masyarakat.

molly (madeline carrol) - anak pengundi atas pagar

molly adalah anak perempuan bud, berumur 12 tahun yang basically 'run' hidup bud. molly mengambil tanggungjawab sebagai 'dewasa' yang bertanggungjawab. molly juga dilambangkan seorang yang radikal, bijak dan berani mendepani kehidupannya sehari-hari.

mudah. watak molly adalah perlambangan kepada masyarakat anak muda dan harapan generasi akan datang terhadap sesebuah negara. molly dilambangkan dalam usia kecilnya (12 tahun), sudah mempunyai perasaan cinta dan kasih yang tinggi terhadap negaranya. 'open' dengan prinsip-prinsip demokrasi dan mempunyai bersikap curios, dan pada masa yang sama 'sinikal' terhadap proses demokrasi itu sendiri. ia juga merupakan perlambangan satu generasi yang critical dan observant.

banyak lagi watak-watak yang mempunyai kekuatan tersendiri untuk menghidupkan jalan cerita 'swing vote' ini, dan silalah menonton filem untuk memahami apa itu pilihanraya dan menjawab persoalan seperti adakah boleh 'spr' tertidur di meja semakan daftar pemilih?

jawapan, boleh! (mengikut cerita ini) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...