dupavisitometer

insiden jpn dan juanda jaya (wajib risau)

jpn sekarang kena jawab banyak soalan kenapa. nanti bila nak dekat pru13, lagi banyak kenapa jpn kena jawab. ramai yang tahu kisah sahibul-samahah mufti perlis dr.juanda jaya dan pertanyaan-pertanyaan 'kenapa'nya terhadap jpn dalam insiden nak ambil mykad anak perempuannya yang berumur 12 tahun.

ini antara petikan berita itu (Sinar harian / 26 dis 2011)

“Isu lain yang tidak dijelaskan dengan teliti ialah kenapa status anak gadis saya selama 12 tahun ini dalam sistem JPN adalah X Warganegara? Bukankah Surat Beranak dia sudah menyatakan status dia adalah warganegara Malaysia dan pasport antarabangsa dia juga warganegara Malaysia?,” katanya dalam kenyataan semalam.

Selain itu, Juanda turut berasa hairan kenapa pada 23 Disember 2011, masih menunjukkan status anaknya bukan warganegara, sedangkan kenyataan rasmi KDN kelmarin, mengatakan status anaknya sudah dikemas kini pada 12 Jun 2009.
“Saya amat terluka apabila sistem data komputer JPN yang saya percayai dan yakini menyimpan data keselamatan negara yang pasti tepat dan dipercayai, menyatakan dengan jelas anak saya selama 12 tahun ini, dalam rekod JPN Malaysia adalah bukan warganegara Malaysia,” katanya.

dan ini pula jawapan bengong pengarah yang masih enjoy dengan cuti krismas hujung minggu

Jumaat lalu, permohonan MyKad anaknya, Sumaiyah Syahidah tergendala disebabkan tidak memiliki taraf kewarganegaraan, namun ia selesai apabila Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata, masalah ini berlaku lebih kepada masalah komunikasi.

==========================================================================

woii, ko tak baca ke apa yang dr.juanda tu komplen? dr. juanda komplen anak dia dah 12 tahun duduk malaysia, mak bapak warganegara, passport pun dah ada, tapi dalam sistem korang tu masih bukan warganegara.

itu bukan masalah komunikasi la bengong.

itu masalah sistem korang korup, senang kena manipulate, tak update, tak sekutu. dan, jpn ada masalah lebih besar lagi dari masalah store dan restore data warganegara bila sistem biometric cross dengan database jpn untuk detection senarai pemilih pru 13 nanti.

siap la korang kena jawap why, why, and why and if,if,if lepas ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...