dupavisitometer

kena gantung liga arab: huru-hara syria masuk episod baru.

penentangan rakyat syria terhadap kepimpinan presiden bashar al-assad mendapat suntikan baru dengan keputusan menggantung keanggotaan liga arab syria yang dikepalai oleh arab saudi dalam keputusan yang hampir sebulat suara liga tersebut (hanya lubnan, yaman, dan syria sahaja mengundi bangkangan).

bashar al-assad sekarang berdepan perpecahan sokongan domestik antara yang menyokong dan memberontak, serta tekanan langsung liga arab yang dikepalai oleh arab saudi dan qatar, yang mana kedutaan kedua-duanya di syria telah diserang dimana penggantungan keahlian tersebut dikenakan dengan tujuan supaya bashar al-assad mengambil pendekatan berhemah untuk menyelesaikan pemberontakan berdarah yang semakin berlanjutan itu.
pendek cerita, iyanya merupakan tekanan kepada bashar untuk melepaskan jawatan dan tunduk kepada tuntutan rakyatnya yang memberontak.

namun, bagi penyokong-penyokong bashar, tindakan liga arab itu yang bertulang belakangkan arab saudi adalah juga merupakan arahan-arahan ghaib yang diberikan amerika dan sekutu bukan arabnya untuk melihat bashar al-assad tumbang.

sehingga kini, amerika dan sekutunya masih tidak melihatkan 'minat' campurtangan secara langsung di dalam konflik pemberontakan itu seperti mana yang boleh dikesan di dalam konflik domestik mesir dan libya., kerana menurut penyokong-penyokong bashar tugas itu dilakukan oleh kroni paling cium mulut  amerika di timur tengah, iaitu arab saudi.

tindakan delegasi liga arab yang enggan menerima pelawaan syria untuk melawat dan menilai sendiri keadaan pergolakan politik domestik syria sebelum mengenakan penggantungan itu, menguatkan lagi dakwaan dan persepsi tersebut.

yang pasti, bashar al-assad semakin pening kepala.

sumber:
with arab vote, isolation, pressure piles on syria - khaleej time

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...