dupavisitometer

jangan boikot parti: masalahnya kenapa nak boikot?

kj hari ini mengingatkan agar pemimpin bn yang berpengaruh yang tidak terpilih menjadi calon pru 13 akan datang tidak berpaling tadah dan memboikot parti sehingga memberikan kesan kepada kalah-menang bn dalam pru akan datang.


satu ingatan yang baik, tetapi adakah dengan sebab tidak menjadi calon dan 'berkecil hati yang amat sangat', maka para-para 'pemimpin' bn ini sudah boleh tergugah prinsip politiknya dan seterusnya menjadi 'judas' kepada komponen politik yang didukungnya selama ini?


jika itulah masalahnya, sungguhlah tidak berkualiti taraf kepimpinan yang ada dalam bn sekarang, atau memang ada masalah lain yang lebih teras dari sekadar kekecewaan menjadi calon? pasti 'ketakutan dan kekecewaan lain' dengan tidak menjadi calon itulah yang menghambat para-para 'pemimpin' ini sehingga menyebabkan mereka sanggup berpaling tadah dan membelot dengan bn.

'ketakutan dan keekcewaan lain' inilah sebenarnya masalah yang menghambat mereka dari dulu, kini hingga selamanya.

sekiranya mereka faham dan mengerti apakah dia tanggungjawab hakiki seorang pemimpin, dan siapakah yang akan mengadili mereka kelak, maka untuk berfikir menjadi seorang pemimpin pun barangkali mereka tidak sanggup, seperti mana yang dirasai oleh dua khalifah ar-rashidin saidina abu bakar dan saidina umar al-khattab.

sebaliknya, mereka telah lupa semua ini, dan sebab itulah 'keimanan politik' mereka mudah benar tergugah' dengan hanya tidak terpilih menjadi calon pru 13 bn.

demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian.


khairy: jangan boikot parti (utusan 12/11/11)

sumber: jangan boikot parti (utusan)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...