dupavisitometer

nfc family: keep lying, so we can continue to take the money

press conference yang 'lambat' dan juga tertutup dan hanya terbuka kepada 6 media perdana sahaja, yang semuanya di bawah kawalan pemerentah  (a.k.a umno-bn media payroll) mengesahkan bahawa usaha penjelasan tuduhan pecah amanah pengurusan yang bernilai ratusan juta itu oleh NFC (a.k.a the sharizat family - 'headed by sharizat the godmother') adalah satu sebaran penipuan yang tertutup, yang cuba disebarluaskan untuk tatapan rakyat dan masyarakat, supaya skandal kewangan, perbelanjaan ragu dan penyelewengan modal syarikat ini dapat menutup mulut dan fikiran masyarakat, dan pada masa yang sama 'the notorious sharizat family' yang diketuai oleh 'godmother sharizat' ini terus-terusan merompak harta rakyat NFC ini tanpa halangan.



jika betul laporan kewangan NFC ini telah disabotaj oleh bekas pekerjanya, maka kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pekerja kamu yang belot itu. kerana dengan uasahanya itulah kami mengetahui lebih dari apa yang sepatutnya kami tahu.

sedangkan, isu nfc kena sabotaj atau tidak, tidak harus timbul, kerana tadbirurus yang mengecewakan dan dibawah prestasi telah disebut dan di tegur oleh JABATAN AUDIT NEGARA. maknanya, samada didedahkan oleh pekerja nfc yang belot atau jabatan audit, masyarakat akan PASTI melemparkan pertanyaan.

sebab, ini cerita seleweng duit. seleweng duit rakyat. bukan sikit. beratus juta.

this is not personal. it's strictly open for business.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...