dupavisitometer

tak ikut bubar dun: PR selangor cari pasal

banyak yang boleh kita jangkakan dengan keputusan PR selangor untuk tidak membubarkan sidang dun, sekiranya prime minister membuat pengumuman pembubaran dewan rakyat dan seterusnya mengumumkan rencah pru 13 sebelum jun 2012.

kerana, mengikut perkiraan PR selangor, tempoh sehingga jun 2012 adalah tempoh yang sesuai untuk melunaskan 'janji-janji' dan perancangan yang telah disediakan untuk rakyat selangor. 

ironinya, kelantan yang sudah diperintah hampir 20 tahun, tidak pernah sekalipun tidak 'join' pembubaran pru, atas apa sebab sekalipun. 


tindakan ini, yang seakan mendahului rentak politik perdana, seakan-akan sedikit ganjil. kerana ianya mengundang pelbagai spekulasi dan persepsi, dan juga membuka ruang untuk umno-bn serta ngo-ngonya 'menyerang' PR selangor. 

dengan selangor sebagai kerusi panas dalam pru akan datang, seharusnya PR selangor menumpukan seluruh kekuatan untuk merancang dan melaksanakan strategi untuk mengekalkan kerusi yang dimenangi, bukannya memberi 'peluru' lebih dan modal extra untuk pesaing menghentam mereka balik.

juga, dengan seakan-akan 'meminta' extension untuk hayat pemerintahan, walaupun ada peruntukan, mengundang persepsi 'adakah banyak lagi program yang tidak dilaksanakan?".

terpulanglah, mungkin mereka lebih tahu dengan apa yang mereka kerjakan.

sumber: selangor tidak ikut jika pru sebelum jun 2012 - kelab greenboc

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...