dupavisitometer

lembu fidlot: bung mokhtar gesa sharizat letak jawatan

suami kepada zizie ezette, yb bung mokhtar dilaporkan menggesa menteri yang terlibat dengan isu fidlot (a.k.a sharizat jalil) meletakkan jawatan kerana itulah jalan terbaik daripada menjadi liabiliti kepada umno.

bung dilaporkan berkata sewaktu bercakap di penggulungan dewan rakyat berkaitan rang undang-undang perbekalan 2012.

menurut bung lagi, isu tersebut menyusahkan parti dan serta menyusahkan 'kita (a.k.a wakil rakyat umno)' menjawab setiap pertanyaan rakyat di luar. (a.k.a tuduhan dengan bukti oleh pembangkang)

bangkai gajah kemana hendak disorokkan, dan akhirnya lembu sharizat juga yang memalit lumpur. sehingga entri ini ditulis, utusan dan berita harian belum melaporkannya dan belum menganggap cakap-cakap bung itu sebagai berita. takrif professionalisme dan kemunafikan media bagi mereka adalah sangat sama.

nampaknya, isu fidlot ini sudah jadi bahan kawan dan lawan menteri fidlot. (a.k.a sharizat jalil)

sumber: bung gesa sharizat letak jawatan - harakahdaily

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...