dupavisitometer

hari ini adel dah mula berjalan dan bertapak

adel berumur 2 hari (04/01/2011)
salam adel;

hari ini babah dapat gembira dari bonda, selepas berpuluh jam adel bertatih,  bangun, jatuh dan bangun balik, bonda kata adel hari ni dah boleh berjalan. Insha'allah, setiap langkah yang bakal mendatang, walau kemana dan berapa pun jaraknya, bermula dengan langkah pertama adel hari ini. 




bangga dan terharu betul babah. hari ini, 9 nov 2011 pada usia adel 10 bulan 6 hari, adel telah memulakan langkah meneroka bumi ALLAH yang Maha Mengasihani ini. Mohonlah perlindungan-Nya Adel, agar adel dapat meniti jalan yang lurus, jalan para kekasih-kekasih-Nya, para sahabat, para tabi'in, para-para ulama', para-para mujahideen, para-para mukhlisin, para mutaqqin dan para-para sobirin. itulah titipan doa dan harapan babah pada adel.

sedih dan hiba juga hati babah tak dapat menyaksikan adel melangkah langkah yang pertama,  namun tidak mengapalah, kerana hari ini tetap akan jadi kenangan yang kekal abadi, dan sampai masa insha'allah kita akan melangkah bersama-sama.

sesungguhnya aku bersyukur ke hadrat Mu Ya Allah, dengan segala ni'mat yang dikurniakan selama ini. Alhamdulillah.

-end-

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...