dupavisitometer

'negaraku': the sad story

sekali lagi, isu rakyat indonesia tidak menghormati lagu 'negaraku' ketika perlawanan malaysia-indo tempohari telah menimbulkan banyak reaksi dan komentar-komentar yang emosional. sehinggakan ada juga blog-blog yang menulis dan meneka-neka bahawasanya rakyat indo hilang hormat kepada lagu 'negaraku' kerana ianya adalah lagu saduran 'terang bulan' ataupun 'mamula moon' ala hawaii.

rasanya, sudah begitu lama kita terperangkap dengan prejudis dan isu lagu 'negaraku' dan malang bagi kita yang senantiasa bersikap sinikal terhadap isu ini, kerana kita terperangkap dengan persoalan-persoalan gampang ini:-


  • kita pun tidak tahu siapa yang ingin kita salahkan kerana me- 'lagu kebangsaan' - kan lagu 'terang bulan' a.k.a mamula moon.
  • kita pun tidak tahu pada siapa yang kita ingin marahkan apabila lagu kebangsaan ini tidak dihormati.  
  • kita tidak tahu kepada siapa kita ingin marahkan kenapa lagu ini tidak diubah atau domodifikasi agar tidak kedengaran seperti 'terang bulan a.k.a mamula moon'?
kerana, jika sikap dan perangai orang-orang indon itu memang tidak mahu menghormati lagu kebangsaan malaysia, tidak kiralah apa bentuk iramanya, mereka akan tetap juga tidak menghormati dan mengejek-ngejek, kerana kesedaran dan sensitiviti bermasyarakatnya amat rendah, bersesuaian dengan apa yang dia makan dan minum sehari-hari dan apa yang terjadi kepada negaranya itu.

walaubagaimanapun, kita juga punya pilihan untuk tidak menghormati 'indonesia raya' ketika ia dikumandangkan di mana-mana stadium di malaysia kelak, dengan mengejek-ngejek dan menjerit-jerit macam babun terlepas, namun itu bukanlah perlakuan seorang rakyat malaysia yang baik pilihan makan dan minumnya serta tinggi ilmu moral dan kefahamannya serta sensitivitinya dalam hidup bermasyarakat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...