dupavisitometer

sempadan politik tanah melayu

setuju atau tidak, suhu politik malaysia semakin hari semakin panas, samada yang disisi kerajaan mahupun alternatif. yang ini tuduh begini, yang ini jawab begini. cabar yang itu, jawabnya begitu pula. macam-macam. semuanya tidak terlepas daripada radar, yang paling panas apabila ianya berkaitan perbelanjaan kerajaan, kepentingan orang melayu, pemborosan, dan seks.



semakin dalam kita memerhati, semakin kita merasakan benarlah politik tanah melayu ini tidak bersempadan. sesiapa pun boleh mengatakan atau menuduh apa-apa kepada sesiapa pun. cuma, samada ianya sampai ke taraf 'massa' atau tidak sahaja yang menjadi persoalan.

adakah ini tanda yang baik dan sihat dalam berpolitik? adakah ianya akan memberikan manfaat atau sebaliknya? ini adalah satu persoalan yang panjang dan rumit. hanya ALLAH sahaja yang maha mengetahui awal dan akhir perbicaraan mereka-mereka ini. sesungguhnya, zaman akhir zaman ini zaman fitnah.

orang yang suka memfitnah, orang yang membuka ruang dirinya untuk difitnah, dan orang yang benar-benar menjadi mangsa fitnah sudah duduk bercampur, tiada lagi hitam dan putih, dan masing-masing sudah menjadi kelabu dan masyrakat terbanyak ikut kelabu. 

setiap kematangan mempunyai proses. mungkin inilah proses yang perlu tanahairku tempoh untuk menjadikannya matang.  

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...