dupavisitometer

how will you spend the 170 million dollars?

huguette clark, duit tak boleh bawak mati (104 tahun, 22 tahun duduk di hospital
kalau takda idea nak spent 170 juta dollars, akak huguette boleh tunjuk cara. huguette adalah pewaris kepada harta william clark, seorang business tycoon, pemilik estet dan one of the 3 'kings of copper' di era 1880 an, dan apabila en. william mati pada tahun 1926, akak huguette dikatakan mewarisi kekayaan ayahnya.

namun, huguette seorang yang media shy dan suka menyendiri. sejak 1988 hingga may 2011 (mati), akak huguette kita dengan secara sukarelanya tinggal di hospital atas sebab yang tidak diketahui.



walaupun akak huguette kita nampak anti-sosial, namun, percaya atau tidak, untuk tempoh 1988-2011, akak huguette kita telah mmebelanjakan 170 milliun dollars. disebabkan semua urusan perbelanjaan di kawal selia oleh akauntan dan peguamnya, waris-waris en. william telah mencabar wasiat akak huguette kita dan mempertikaikan tindakan akauntan dan peguamnya dalam menguruskan perbelanjaan akak huguette mereka. 

antara perbelanjaan yang tak masuk akal akak huguette adalah;-
  • membayar secara lump-sump nurse peribadinya, hadasah peri sebanyak 5 juta dollar iaitu sebanyak 131 ribu dollar setahun lebih kurang. (banyak gaji nurse dia ni)
  • membayar suzanne pierre, bff-nya a.k.a her social secretary lebih kurang 12 juta dollar. (inilah bff sejati)
  • bayar caj bilik hospital lebih kurang 1 ribu dollar sehari kepada hospital sejak 1997, dengan total 'sewa' berjumlah 4.9 juta dollar, walaupun dia tak sakit. (lagi mahal dari harga sebilik mandarin oriental, klcc tu.)
  • membayar total sebanyak 2.5 juta dollar kepada sebuah kedai anak patung di paris (au nain bleu) untuk tempoh 1997-2006 untuk bekalan anak patung sebagai peneman sejatinya di hospital. (anak patung tu lagi grand dari barbie kot)
walaupun banyak perbelanjaan lain yang boleh kita kira sebagai mengarut, namun who are we to judge how is she spent her money.

cuma, akak huguette kita dah buktikan duit memang tak boleh bawak masuk kubur. sekadar ingatan kepada robert kuok dan ananda krishan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...