dupavisitometer

demokrasi malaysia memang matang, pemerentah sahaja yang tidak

sila baca komen ini oleh perdana menteri malaysia / pm-suara bantahan di malaysia petanda demokrasi matang - utusan / . antara lain perdana menteri berkata, dengan mengambil kira siri-siri bantahan-bantahan secara demokrasi yang beramai-ramai mengikut lunas perundangan perlembagaan (bukan lunas perundangan polis, sebab ini negara raja berpelembagaan, bukan negara polis), ternyata rakyat dan malaysia secara umumnya  matang menjalani proses pendemokrasian nasional.

namun, entah dimana silapnya, kenyataan akhbar perdana menteri itu rasanya salah dari segi kesungguhan dan istiqamahnya kerajaan yang memerintah menekan, mem'provok', menipu, mengelat, men'divert' isu, serta membentuk pelbagai halangan untuk demokrasi praktikal di malaysia ini subur, dengan mewujudkan pelbagai hantu-hantu demokrasi, seperti hantu 'perkauman', hantu 'peristiwa 13 mei', hantu 'jangan pergi nanti huru-hara', dan segala mak nenek hantu-hantu ciptaan yang lain untuk menakut-naktkan serta memperbodoh-bodohkan rakyat yang semakin celik dengan hak sebagai warganegara yang dijamin oleh sistem demokrasi raja berpelembagaan untuk menzahirkan sebarang bantahan mereka di dalam negara dan tanahir mereka sendiri.

jadi, berikutan komen perdana menteri itu, mungkin secara tidak langsung ia mengesahkan di persada dunia bahawa demokrasi subur di malaysia, tetapi hanya dengan semangat yang ditunjukkan oleh rakyatnya sahajalah, namun bukan pada perlakuan pemerintahnya.

sebaik-baiknya, kenyataan itu berbunyi, kami pemerintah malaysia yang dipilih dengan wadah demokrasi, secara bebas dan neutral membenarkan sebarang ketidakpuasan serta bantahan suara hati rakyat terbanyak yang gagal diselesaikan melalui perbincangan dan hujahan umum dipanjangkan serta digerakkan dalam skala nasional jika perlu , termasuklah membenarkan mereka turun ke jalan-jalan raya dan keselamatan mereka sepanjang menghadiri aktiviti bantahan itu di jamin oleh pihak berkuasa yang berwajib. barulah itu dinamakan demokrasi yang matang.

barulah pembangkang takda modal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...