dupavisitometer

bukan hanya azizi bari

cadangan khalid nordin supaya pensyarah yang mahu bercakap atau bertindak macam berpolitik di universiti agar meletak jawatan seharusnya tidak berhenti dengan aziz bari.


ia juga harus merangkumi sama pensyarah-pensyarah yang 'bertindak' dan semacam 'berpolitik' dengan nada umno. jangan hanya pensyarah yang 'berkulit' pembangkang sahaja yang dikenakan tekanan sebegini, sedangkan yang 'berkulit' parti kerajaan kenyang menyandar perut dan mandul dengan khidmat masyarakat. 

universiti tertakluk dengan undang-undang tubuh dan akta yang ditetapkan oleh kerajaan, bukannya tertakluk dengan aspirasi parti. in fact, sokongan kepada mana-mana parti tidaklah boleh ditonjolkan dengan secara nyata dalam mana-mana jabatan awam. 

jadi, seharusnya 'amaran' khaled nordin itu menyeluruh. ia boleh bermula dengan azizi bari, tetapi janganlah ia berhenti juga dengan aziz bari. 

sumber: abdul aziz perlu berhenti pensyarah jika mahu berpolitik / utusan

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...