exit rnr sungai perak hala utara, yang begitu hampir dengan tempat tinggal aku, kampung rambai 7 |
jangan nak tipu. sebahagian diri kita hari ini tersangatlah attched dengan tempat tinggal kita. ianya sungguh kuat, sampaikan ada pepatah khas yang melambangkan semua ini. tak payahlah aku nak sebut kat sini, sebab nanti entry ini akan jadi panjang. berjela-jela.
kenapa tempat tinggal itu penting sangat pada kita, secara peribadi? sebab, tempat tinggal itulah letaknya elemen yang paling penting dalam minda kita, iaitu kenangan. kenangan bersama sanak saudara, rakan taulan, dan masyarakat kecil yang mengajar kita erti adaptasi dan bercampur gaul.
semakin kita jauh dengan tempat kita tinggal, semakin kuatlah ingatan kita terhadapnya, kerana dalam waktu-waktu santai, bila kita 'run' hard disk memori minda kita ini, selalunya kenangan di tempat tinggallah yang asyik menari-nari dalam lamunan. dan itulah antara perasaan yang paling indah, dan mengundang keasyikan yang amat sangat.
dalam keadaan mengelamun itu, secara tidak sedarnya kita menjadi bertambah dewasa dan semakin masak dengan kematangan. sebab, dalam kita berangan-angan, selalu akhirnya kita akan kata, 'alangkah baiknya...' kalaulah aku...' menandakan kita sedar akan kesalahan-kesalahan lalu, kenaifan-kenaifan lalu yang kita ambil pelajaran darinya.
dari situlah apa yang dikatakan lamunan itu akan berubah bentuk menjadi pengalaman.
jadi, mulai hari ini, sudah aku buka sebuah tajuk berkenaan tempat tinggal asal aku, iaitu kampung rambai tujuh, kuala kangsar. dimana sebarang kenangan yang aku lamunkan akan aku catat menjadi renungan untuk aku sendiri, yang barangkali bermanfaat untuk orang lain.
No comments:
Post a Comment