dupavisitometer

politik kampung

kampung rambai 7, secara tradisinya adalah kubu kuat barisan nasional. sepanjang aku hidup di kampung rambai 7, aku tidak punya ahli parlimen lain, aku hanya kenal rafidah aziz sebagai wakil suara orang kampung aku di parlimen. dan seingat aku, sepanjang tempoh rafidah aziz menjadi yb, hanya dua kali aku melihat dia datang dan bermesra dengan penduduk kampung. lebih dari dua kali, sekiranya dia datang, pasti aku tiada dikampung atau tidak menghadiri majlis tersebut. mungkin setpolnya ada datang menjenguk sekali-sekala, tapi entahlah, aku tidak kenal setpolnya. mungkin sebab dia sombong. entahlah.

umno-bn dalam period itu memang kuat. unshakeable. seluruh kampung, hilir ke hulu adalah penyokong kuat umno-bn. penyokong pas adalah dua, tiga buah rumah. dan, ianya adalah tempoh yang sukar buat penyokong-penyokong pas. namun begitu, mat sabu (naib presiden pas sekarang) pernah juga singgah dalam majlis menjala ikan kolam anjuran seorang penyokong pas dan sempat juga memberikan tazkirah ringkas berkenaan perjuangan islam.


namun, semua itu berubah apabila tiba krisis mahathir-anwar pada tahun 1998. dan harus diakui, pergolakan hitam itu sememangnya mengubah lanskap politik bukan sahaja kampung rambai 7, namun impaknya boleh kita kesan dan rasa di peringkat nasional.

namun begitu, dengan satu proses pemahaman politik yang panjang, proses itu menampakkan hasil pada pru ke-12 apabila perak berjaya diambil alih oleh pakatan pembangkang, sedangkan kebanyakan kerusi yang ditandingkan di kuala kangsar (termasuk Parlimen kuala kangsar dan DUN chandan) dimenangi oleh umno-bn.
dan, keputusan itu sebenarnya sudah ditentukan dengan lebih awal, dengan aku menyaksikan pertambahan sokongan kepada pas, melalui percakapan, gosip-gosip politik, gantungan bendera dan sticker-sticker motosikal, baju-baju 'pas for all', terutamanya oleh golongan muda (lingkungan 18-35 tahun) yang kini, pada ketika itu telah berani dan berjaya merubah dan mengubah persepsi dan menghilangkan ketakutan-ketakutan politik generasi sebelum mereka.

lagi satu, antara sebab umno-bn hilang sokongan kat tempat aku, orang kampung benci tengok diorang datang berkempen naik alphard, naik toyota camry, naik vios, naik storm. lagak macam orang kaya dan pembesar-pembesar istana. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...