dupavisitometer

polemik kedai 1 malaysia: yang betul tetap betul

response pantas kementerian ismail sabri berikutan 'pendedahan' tony pua berkenaan harga barangan kedai 1malaysia (buruk benar nama kedai ni) amatlah dipuji, dan ternyata langkah tony pua & team mem'polemik'kan hasil penemuan 'research' kali ini hangus di'tembak' balik kementerian yang berkenaan (ismail sabri)

usaha kerajaan ini seharusnya dipuji, dan diharapkan kerajaan ataupun pihak kementerian  akan sama pro-aktif atau lebih pantas lagi menjawab tuduhan-tuduhan PR terutamanya hasil audit baru-baru ini. 



barulah ia mengurangkan persepsi bahawa jawapan kerajaan ini terpilih, dan di pihak tony pua pula, seharusnya lebih pandai menduga bahawa isunya kali ini tidak memihak PR.

dimanakah tony pua salah? tony pua salah kerana membandingkan harga kr1m dengan harga promosi carrefour. memang salahlah tu. juga, kenaikan dan ketidakbetulan harganya dalam julat 30-50% pada tawaran dan kualiti yang tertentu, harga kr1m itu kelihatannya munasabah. lagi pun, membandingkan harga kr1m dengan carrefour juga sudah sedikit 'over'. 

jadi, seharusnya PR dan BN menumpukan usaha untuk perkara-perkara berikut:-
  • PR cuba mendesak, dan BN cuba memurahkan harga-harga barang-barang keperluan, seperti gula, tepung, beras, petrol kerana inilah dia barangan hari-hari, bukannya peluntur lantai.
  • PR seharusnya cuba mendesak dan BN seharusnya telah mengemukakan pelan harga dan 'supply' barangan tertentu berikutan banjir besar thailand, kemungkinan banjir tengkujuh, cuti raya china 2 bulan lagi yang mungkin memberikan kesan kepada supply barangan tertentu.
jika ada kedai yang sedia jual murah, biarkanlah. sekurang-kurangnya dapat membebankan golongan kelas rakyat yang tertentu. 

dan nurul izzah juga tidak seharusnya mempertikaikan peruntukan RM 40 juta untuk kr1m, sebab ia belum lagi dilaksanakan secara meluas, dan ismail sabri pun seharusnya membentangkan progress peruntukan RM 40 itu, sebagai langkah menutup ruang PR membuat tuduhan di masa terdekat. 

jawapan kementerian ismail sabri

tony pua & rakan-rakan komplen kr1m

sumber:
rakyat merana jika kedai rakyat 1malaysia dipolitikkan (utusan)
harga beberapa barangan kr1m lebih mahal (kelab greenboc)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...