dupavisitometer

dap kurangkan kakitangan awam, zul nordin dan utusan yang bodo

tidak selesa lihat penguasaan melayu - zul nordin / utusan
sedang ceupacs menjalankan protes kenaikan harga barang secara senyap, timbul polemik berkenaan kenyataan tony pua yang akan mengurangkan kakitangan awam sekiranya PR memerentah persekutuan dan dijawab pula oleh zul nordin melalui petikan berita di atas.

ini meninggalkan kita kepada persoalan benarkah pengurangan kakitangan kerajaan ini boleh dilakukan? dan adakah zul nordin sekali lagi menjadi seorang opportunis, sebab zul nordin yang kita kenal selalunya opportunis dalam kenyataannya kepada utusan dan sering dilihat "lebih ibrahim ali dari ibrahim ali".


baik,untuk memahami semua ini, mari kita tengok petikan berita kenyataan tony pua ini yang dilaporkan oleh sinchew daily page 9, 1 nov 2011 yang dipetik daripada blog kuman kumin :-

petikan akhbar sinchew diambil dari blog kuman kumin
di dalam laporan berita tersebut, tony pua dilaporkan berkata:-
  • jika PR memerentah kerajaan pusat, maka "projek khas mengurangkan kakitangan awam" secara berperingkat akan dikemukan.
  • Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing
  • Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja
  • Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya. 
jika kita lihat dalam statement pony pua di atas, satu pun yang belum konkrit dan SEMUANYA baru diperingkat kalau. dan contoh negara china di atas, mungkin boleh di tolak terus sebab china memang banjir dengan human capital, tidak semacam malaysia.

dan ini, antara lain komen zul nordin dalam utusan (petikan di atas) sebagai response awalnya terhadap kenyataan tony pua ini:-
  • mengurangkan kakitangan awam ini mengukuhkan dakwaan saya bahawa dap memang tidal selesa melihat penguasaan orang melayu dalam sesuatu bidang.
  • majoriti penjawat awam adalah orang melayu dan dap tidak selesa dengan keadaan itu.
  • dap memang ada agenda tersembunyi dan tindakan itu bukanlah hanya ingin mengurangkan perbelanjaan semata-mata
  • mereka cuba megurangkan penguasaan kita (orang melayu) dalam sektor tersebut.
  • saya cabar mereka laksanakan dulu di negeri-negeri pakatan rakyat dan kita lihat kesannya.
jadi, agak defensif jawapan zul nordin ini, dan diselubungi nada seorang 'hachet'. tetapi ini tidak aneh, sebab menjadi wakil bebas yang menyokong kerajaan, memang kerja dialah begitu.

namun, bolehkah kerajaan negeri dan kerajaan pusat tanpa mengira sesiapapun yang memerentah mengurangkan kuota orang melayu dalam jawatan awam? perlembagaan kita telah menjawab:-
dipetik daripada: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (mengandungi pindaan terkini-Akta 1260/2006)
untuk perkhidmatan awam sesebuah negeri, ianya tertakluk kepada sultan, raja atau yang dipertua negeri yang menjamin hak orang melayu dan bumiputera, namun masih tertakluk dengan undang-undang perlembagaan seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut:-

dipetik daripada: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN (mengandungi pindaan terkini-Akta 1260/2006)
(nota: peruntukan perlembagaan yang dinyatakan di sini hanya sekadar nak bagitahu memang ada peruntukan kuota orang melayu dalam perkhimatan awam dan dijamin oleh Yang Di-Pertuan Agong dan penulis tidak berniat nak bahas perlembagan secara mendalam)

jadi, balik kita kepada masalah awal:-
  • bolehkah dap nak kurangkan orang melayu jadi kakitangan awam bila memerentah kerajaan persekutuan? jawapannya sukar dan hampir kepada mustahil,  sebab:-
    • 1. sebab kuota orang melayu dijamin oleh perlembagaan. 
    • 2. pas dan pkr mungkin menghalang, sebab ini parti majoriti melayu
    • 3. pakatan pasti hilang undi melayu dan sampai bila-bila hilang kepercayaan orang melayu.
  • bolehkah negeri-negeri pakatan kurangkan kakitangan melayu, demi menyahut cabaran zul nordin? jawapannya sukar dan hampir kepada mustahil, sebab:-
    • sebab kuota orang melayu dalam perkhidmatan awam dijamin undang-undang tubuh negeri.
    • kalau lulus juga, konflik dengan undang-undang persekutuan, macam isu huduh kerajaan kelantan lulus peringkat negeri, tak lulus peringkat persekutuan.
    • kalau lulus peringkat persekutuan, kalau negeri pakatan buat juga (khusunya penang), memang tak dapat la nak memerentah tanah melayu ini, sebab sudah hilang undi melayu
kalau boleh, parti-parti politik kat malaysia ni janganlah guna isu kepentingan bangsa, agama dan perut mana-mana rakyat sebagai jalan mudah nak dapat publisiti murahan.

-end-

sumber berita:
tidak selesa penguasaan melayu (utusan)
berita baik untuk kakitangan awam yang sokong pembangkang (blog kuman-kumin)
perlembagaan malaysia (mengandungi pindaan terkini - akta 1260/2006)
cuepacs bimbang dap persoalkan kelebihan (BH & ceupacs blog)
harga barang: protes senyap cuepacs diperluas

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...