dupavisitometer

let this be a lesson for those who cheats

arroyo ketika ditahan pada 19/11 yang lalu. nampak kekesalannya yang terlambat
sedih. sangat sedih. pada tarikh 19/11/11, gloria arroyo, ex-philippines president sudah pun ditahan di bilik hospital ketika dia sedang mendapatkan rawatan di atas tuduhan memanipulasi proses pemilihan kongress 2007 yang mana arroyo telah dituduh mengarahkan penyelaras suruhanjaya pemilihan tersebut supaya calon-calon seangkatannya dimenangkan dengan margin kiraan yang tertentu.


dan apakah yang dinamakan nasib, penyelaras tersebut dan seorang bekas gabenor telah sedia menjadi saksi akan tuduhan ini, yang mana telah dijadikan kes perbicaraan utama oleh presiden philippines sekarang, benigno aquino yang mana telah bersumpah bahawa perkara pertama yang akan dilakukan oleh pentadbirannya ialah memerangi rasuah dan orang-orang yang bertanggungjawab melakukan rasuah di dalam pentadbiran awam philippines, di mulai dengan gloria arroyo.

arroyo bakal berhadapan dengan hukuman maksimum penjara selama 40 tahun.

jadi, semuga apa yang menimpa arroyo ini menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang pernah dan akan melakukan penipuan di dalam proses pemilihan demokrasi.

dan seperti  biasa, jika kerajaan yang memerentah sekarang ditakdirkan kalah dan berubah kerajaan yang menerajui putrajaya, aku mengharapkan hukuman lebih berat daripada hukuman penjara 40 tahun sekiranya ada individu-individu dari kerajaan yang tumbang itu didapati bersalah mengatur atau menipu di dalam proses demokrasi, supaya menjadi pengajaran kepada kerajaan baru ini bahawa tipulah apa yang hendak ditipu, tetapi jangan menipu hak rakyat untuk mendapatkan kepemimpinan yang mereka mahu secara sah yang dilakukan melalui proses pendemokrasian yang telus dan adil.

jika kerajaan yang ada sekarang ini tidak juga tumbang, dan masih berkira-kira ingin melakukan penipuan (mismah dan IC bagi pada indon/bangla) maka ingatlah, rakyat berfikir tak macam yang kamu fikir, insha'allah. 

sumber:
philippines arrets ex-president in hospital room-yahoo news
ex-pres arroyo stopped from leaving philippines - yahoo news
philippines aquino: pursuing corruption or just arroyo - yahoo news

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...