kenyataan akhbar ismail mohd said, pengerusi PTPTN |
apa yang cuba disampaikan oleh pengerusi PTPTN berikutan kenyataannya cadangan untuk menghentikan pinjaman pelajaran (study loan) akan dihentikan pada 2013 tidak lagi muktamad?
mengikut kata ismail mohamed said, lembaga pengarah PTPTN dalam mesyuaratnya bertarikh 31 oktober yang lalu telah membuat cadangan untuk memberhentikan pinjaman menjelang 2013 dengan alasan mengurangkan beban perbadanan tersebut.
namun, keputusan itu tidak muktamad dan tertakluk kepada kelulusan kerajaan dia dia berharap ibu bapa tidak bimbang.kalau boleh dibuat ukuran, statement ini sama jahat dengan statement dap yang ingin mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya memerintah, yang kini hangat dipolemik dan dipolitik-kan oleh media perdana.
kerana apa? sebab:-
- sedar atau tidak, PTPTNlah satu-satunya yang tawar 'full loan' pada pelajar tak kira miskin kaya.
- PTPTN adalah perbadanan yang memang jaga hak pelajar yang ingin belajar mendapatkan sumber pembiayaan. mudahnya, PTPTN memang agensi bagi pinjam duit.
- Jadi, sebagai pemberi pinjaman, lojiklah PTPTN bersungguh-sungguh benar nak dapat balik / suruh pelajar bayar balik pinjaman.
- namun, ptptn kena sedarlah realiti yang kebanyakan peminjamnya memang liat nak bayar, sebab semuanya bergantung kepada pasaran kerja dan semua yang lepas belajar baru nak mula hidup.
- jadi, memang ada loop hole antara timing beri pinjam, dengan collect balik pinjaman. inilah susahnya jadi ptptn. susah itulah yang dinamakan membantu dan berkhidmat dengan rakyat.
- setakat nak sekat pinjaman, kurangkan beban kewangan ptptn dengan cara kurangkan orang yang dapat pinjaman, itu kerja senang. kerani kat ptptn pun reti buat keputusan tu, tak payah tunggu lembaga pengarah mesyuarat pun tidak mengapa.
- jadi, bos-bos ptptn kat jalan dungun tu kena fikir banyak-banyak sampai pecah kepala macamana nak dapat sumber kewangan tampung masalah bebanan kewangan.
- pergilah susah-susahkan kerajaan, janganlah ambil jalan mudah nak susahkan rakyat pulak. setiap rakyat dijamin oleh perlembagaan untuk mendapatkan hak pendidikan. takkan ptptn nak lawan perlembagaan?
p/s:
asyik keje nak susahkan rakyat ja. kalau jawatan professional bagi kat politician idea bodoh cenggini selalu je dengar kat utusan. buduh!
sumber: cadangan belum muktamad (utusan)
No comments:
Post a Comment