dupavisitometer

deepak krishnan dan karpet dari afghanistan: satu lagi keharuan politik malaya

semakin dekat kita dengan pru13, semakin banyak 'ibadah' dedah mendedah dan jsutifikasi moral masharakat diperlukan, baik parti pemerentah mahupun parti lawan.

disini ada kisah celaru dan haru amanat haji hadi, dan disana ada juga haru dan keharuan india jual karpet, deepak krishnan. haru biru yang ditimbulkan oleh deepak kini sudah masuk ke level serbuan Lembaga tabung amananh pesara tentera.

lain yang didedah, lain pulak yang terkena bara.

maulana jual karpet pun ada hati nak jadi player dalam politik malaya.

dan, nampaknya buku kafirkah aku oleh c.n al-afghani memang dapat publisiti meluas secara percuma.

orang pakistan jual karpet. india pun. dan jugak afghanistan.

deepak dan c.n al-afghani ni dua duanya jual karpet ke? rumah siapa yang takde karpet ni?

banjir dan banjir kepala otak

ya, bumi timur tanah melayu kini sedang banjir. kuantan tenggelam, sungai golok masih di paras bahaya. sessi sekolah ada yang mungkin akan ditangguhkan.
 
bila banjir, paling menarik adalah pertempuran politik. bantuan sana sini. memang eloklah membantu yang memerlukan, dan dalam persoalan niat, cukuplah sekadar kita mengadili setakat yang kita nampak. pening nanti jadinya kalau kita sebuk nak 'judge' apa yang kita tak nampak.
 
untuk skala yang lebih luas, kepala otak kita ini sebenarnya sudah lama banjir dengan pertempuran politik. saman menyaman. kafir meng-kafir. amanat meng-amanat. dengan segala macam transformasi dan propaganda. cis, kalau dituangkan ke tanah, barangkali siap dengan air sisa dan limbahannya.
 
kasihan kita pada mangsa banjir.
 
kasihankanlah juga dengan akal dan fikiran kita yang banjir dengan taik taik, propaganda, tipu helah dan sampah sarap politik kasta bawahan.

sandy cook elementary school dan iklan aes hotfm

okay. aku masih bersedih pasal mamat gila tembak budak budak sampai mati. gila sedih. bayangkan hari tu hantar anak pegi taska, tengah keje ada orang call bagitau anak dah mati kena tembak. memang cilaka.
 
tragedi sandy cook adalah tragedi paling sedih yang amerikah pernah hadapi. semoga yang mati masuk syurga. tapi, dalam dunia kapitalisma dan paranoid mendalam dan sangat terbuka macam amerikah, pasti ada lagi tragedi sedang menunggu. pada ketika obama dan lawan dan kawannya sibuk bercakap pasal apa nak buat, nak lulus rang undang undang bagai, tragedi yang lebih menyayat hati sedang 'in process'.
 
okay, cukup untuk amerikah.
 
hari hari aku dengar radio, time pergi dengan balik kerja. aku dengar hot fm.
 
dengar radio ok, cuma aku rasa nak termuntah dengar iklan survey pasal rasuah, pasal subsidi (suara lelaki tu mcm suara rostam) dan latest, pasal iklan aes langgar lampu merah.
 
iklan tu dengarnya memang amat kejam, dialog si ayah dan ibu (ibu kudung kaki) yang trauma dengan kematian anak lelakinya (amir) disebabkan kemalangan bila ada orang langgar lampu isyarat. memang sedih iklan ni.
 
cuma aku takde masalah kalau iklan ni justify kesalahan langgar lampu merah.
 
aku nak dia justify naik hiway boleh henjut 110 kenapa sekat sampai 80km 24 jam?
 
dan, langkah flip flop kerajaan semalam pasal aes ni, terus buat iklan ni tak relevan dan kedengarannya sangat bodoh dan expired.
 
salam.

umno dan pemulihan semangat

aku tak tau macamana reaksi dan 'bekal' pakej pemulihan semangat yang dibawa balik oleh perwakilan perhimpunan agung umno (PAU) minggu lepas. mungkin dah ada counter-strike dari segi point point dan hujah hujah mantap untuk kasi KO kaw kaw buat PAS, PKR dan parti rasis DAP.
 
kalau ditengokkan dari segi pekik dan lolongan pimpinannya, memang A++.
 
bukan sahaja point untuk menunddukan dakyah pembangkang, dibekalkan juga point untuk memulihkan semangat dan setiakawan serta tunduk dan taat setia pada parti pilihan Allah ini. kalau tangisan dan dayu bait bait lagu warisan nordin kardi pun masih tak mampu mengebalkan umno dari sabotaj dan kebencian ahli ahlinya sendiri, sukar untuk mengukur dan mencari apa lagi yang mampu.
 
dan, walaupun aku sedikit geli dengan nyanyian bait bait lagu warisan, yang tiba tiba bertukar menjadi mood sedih dan mengharukan di dewan perwakilan, aku terkesan juga dengan lagu itu.
 
bukan apa, lagu itu sebenarnya lebih sesuai untuk dijadikan cermin muhasabah diri umno, dari dijadikan senjata untuk mengingatkan melayu yang lain.
 
apapun, cepatlah cepatlah pru13 bertandang, biar kita sama sama tahu langit yang kat atas itu tinggi ke rendah.

aku dan gempar

ianya bermula dengan khabar biasa ke kampung. bertanyakan keadaan emak, yong, abang dan adik adik. sudahnya aku yang gempar, sebab ada berita kurang jelas. berita yang ditengah-tengah, hujung pangkalnya tak tahu.

abah masuk hospital. rebah hari isnin. hari rabu rebah lagi.

ya, kali ini berita pasal abah. terus aku meletakkan diri di kasutnya. fikirannya. cita citanya. perjalanan hidupnya. akhir akhir ini. aku bungkam. aku tak mampu nak membayangkan apa yang lebih jauh dari yang aku bayangkan kini.

baru tadi aku dapat menelefon abah. bercakap sendiri. suara tuanya kedengaran segar. segar hanya sekejap. selebihnya, perit kesakitan yang ditanggung sangat jelas. segar dia mendengar suara aku barangkali. aku memohon maaf dan ampun untuk segala salah silap. hak memaafkan hanya ada pada dia. hak yang aku tak punya. 

untuk aku cerita kenapa, tersangatlah peribadi.

aku yakin dengan keputusan aku ini. aku tak boleh tangguh. aku mesti balik malaysia.

paling cepat esok malam.

chua soi lek sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'

sehari dua ini, presiden mca terpaksa memancarkan dirinya sebagai agen doktrin 'pecah dan perintah'. ini doktrin politikal purba. sejak zaman penjajah, inilah doktrin politik yang paling subur, teguh dan efektif untuk mengawal minda penduduk multi-etnik macam tanah melayu ini.
 
kita dipisah-pisahkan dengan prejudis agama, bangsa, taraf ekonomi dan status sosial dengan maksud menanam sekali 'ketakutan-ketakutan' untuk menerima nilai sejagat dan kerjasama utuh yang merentas nilai-nilai agama, bangsa, ekonomi dan sosial.  
 
kita dipecah-pecah supaya merasakan sekiranya kita mempunyai fikiran berdaulat dan bebas, kita itu selalunya lemah. kecuali kita bergantung kepada 'tuan' dan agen-agen blok-blok pecahan ini, dengan dogma dan candu tiruan bahawasanya mereka sahajalah yang mampu menangani konflik yang 'tercetus'.
 
tujuannya, supaya kita terus 'percaya' mereka sahajalah juara isu superiorti bangsa, mereka sahajalah yang mahir ekonomi, mereka sahajalah yang alim dalam beragama, dan mereka sahajalah yang ada 'penawar' dalam isu nanah dan lendir masharakat.
 
namun realiti gelapnya, merekalah yang memunggah keuntungan nampak dan keuntungan tak nampak apabila krisis 'prejudice - sensitivity' ini berlarutan. dan, dalam banyak peristiwa, mereka jugalah yang memulakan krisis dan mengakhirinya, dengan harapan di akhir krisis, 'ketakutan' itu kekal dan makin melebar.
 
semakin lebar dan dalam 'ketakutan' itu tertanam, semakin teguh mereka. semakin untung mereka.
 
kita tengoklah nanti, akan ada banyak pihak akan terperangkap, terkeliru, melampaui batas dan ke hulu ke hilir dan mendengus dan menyalak macam babi gila.
 
dan inilah peluang kita.
 
peluang untuk tengok orang-orang bodoh berlumba-lumba masuk suratkhabar cari populariti.

india, china dan malaysia

12 hari sebelum raya haji tahun 2012, telah berlaku satu perbualan ringkas antara aku dan direktor jabatan aku, seorang expatriat perancis yang berkhidmat di sini.

soal jawab itu sekitar isu world food supply and demand. antara lain soal jawab itu masuk kepada topik big buyers. kalau merujuk pada big buyers, aku tau sang direktor akan merujuk kepada india dan china. soalannya, sekiranya harga komoditi makanan mancanak naik, atau menjunam turun, siapa yang lebih reaktif terhadap pasaran?

selepas berhujah lebih kurang, aku jawab india.

tapi, sang direktor jawab china. katanya, berdasarkan sejarah dan ketamadunan yang panjang, dibuktikan orang-orang china lebih agresif dari orang-orang india. China lebih agresif (dalam perang dan penguasaan ekonomi contohnya) sebab china penuh dengan orang orang yang nak take charge. dan india selalunya lembap dan perlahan, tak padan dengan kapasiti rakyatnya yang mencecah 1.2 billion itu. 

untuk merdeka pun mereka bergantung harap dengan gandhi, katanya.

dan malaysia pulak orangnya terlalu perlahan dengan politik dan penyelewengan. orangnya rasa bersalah untuk menegur orang yang melakukan kesalahan. mereka sering mendiamkan diri atau duduk di tengah tengah dan memerhati. mendiamkan diri, dan membiarkan masalah itu menyelesaikan masalahnya sendiri. itu ayatnya.

masalah menyelesaikan masalahnya sendiri.

aku cuma tersenyum. apa dia tau. dia bangsa peranchis. bangsa penjajah.

40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji

seperti yang dilaporkan oleh sinar harian, sumbangan politik berjumlah 40 juta adalah tidak salah sekiranya dilakukan mengikut prosedur yang betul. dan fakta kepada amalan 'berpolitik' ini tidak pernah tercabar untuk pihak yang menerima 'sumbangan' itu.

cabar mencabar dan kutuk mengutuk hanya terjadi dikalangan penyokong kental dengan cara sondol menyondol antara satu sama lain.

sondol menyondol juga terjadi apabila lawatan ke kawasan terpencil dilakukan dengan private jet, dimana tajaan itu diterima setelah ketuanya yakin bahawa tukang sponsor tidak mempunyai 'kepentingan' di mana-mana negeri yang dibawah kekuasaannya.

dan, sondol menyondol juga berlaku tidak lama dulu, apabila seorang menteri besar dikhabarkan akan menunaikan haji secara 'sponsor'. namun begitu, tajaan itu di batalkan oleh menteri besar itu sendiri, demi menutup pemuka pemuka fitnah walaupun tukang sponsor tidak mempunyai kepentingan terhadap wilayah wilayah pentadbirannya.

kalau mengikut justifikasi yang direkodkan oleh sinar harian, sponsorship 40 juta, tajaan private jet dan tajaan haji itu, tiada salah apa pun. 

kalau tidak salah, kenapa saling sondol menyondol?

dari segi pengurusan persepsi, hanya sang menteri besar sahaja yang dapat kad hijau. lagi dua, dapat kad merah. jelas, mekanisme integriti yang mengawal dari dalam tidak wujud dan sangat lemah perlaksanaanya dikalangan para politikus dan parti yang di dokongnya.

kalau beginilah caranya, tahun ini indeks rasuah kita meningkat lagilah jawabnya.

terjunan felix baumgartner

sebentar tadi, melalui channel MBC 4 dubai, disiarkan secara langsung terjunan pecah rekod felix baumgartner.


sebelom berlepas, ibunya menangis melepaskan felix naik ke pod angkasa dan dengan penuh gementar melihat belon pod angkasa tersebut perlahan-lahan naik ke angkasa. lebih dua jam..akhirnya semuanya sudah siap sedia untuk felix melakukan terjunan.

dengan ucapan 'may angel be with you...' oleh ketua pasukan merangkap coachnya yang tersayang, felix melakukan terjunan bersejarah yang memberi makna pada pencapaian kariernya sebagai skydiver. memang pelik ada jugak orang dalam dunia ni yang mendedikasikan hidupnya untuk terjun pada level tertinggi dunia.

akhirnya felix terjun, setelah para penonton macam aku disajikan dengan view terbaik bumi dari kacamata kamera pod angkasa felix. subhanallah...alangkah cantiknya ciptaan tuhan, begitu luas dan sangat majestic.

dengan gensture thumb up, felix pun terjun secara freefall. gementar sungguh riak wajah ibunya sewaktu felix berguling guling pada minit ke-2 terjunan. felix sedikit struggle untuk menstabilkan kedudukan dirinya. namun, untuk beberapa ketika, felix berjaya menstabilkan dirinya dan parachute kembang pada minit ke 4 terjunan. orang pun bersirak sorai.

akhirnya felix berjaya mendarat dengan selamat, dan sebaik sahaja kakinya mencecah bumi, terciptalah sebuah rekod terjunan tertinggi yang pernah dilakukan oleh manusia.

sebagai ingatan, setiap yang naik dan beratas di atas, tidak selama-lamanya akan di atas, satu detik pasti akan turun jua menjejal ke tanah. samada dengan megah atau tersungkur adalah pilihan masing masing.

dan, benarlah kata orang berkenaan cita cita dan impian, langit pun tidak pernah menjadi penghalang.

ustaz nasha lagi

semua orang tidak dapat menerima dan meneka apa yang ada dalam kepala ustaz nasha. ada yang kata dia lebih umno dari umno. ada yang label dia sengaja mencari pasal sebab mintak kena pecat. bila kena pecat, terlepas dengan sumpah bai'ah. tuan ibrahim tuan man kata nasha jangan acu muncung senapang pada dia walau senapang takde peluru.
 
paling akhir, tazkirah TGHH pasal berkomplot dengan syaitan ni kerja dua kali bodoh. melantun dua kali. satu lantun berjauhan dengan jema'ah. lantun dua, berkompromi dengan 'syaitan yang dikenali'.
 
dan ada jugak blogger nakal kata ustaz nasha semakin malas menjenguk bachok. kesian bachok. mari sini bachok...masi sini bachok. teringat pulak aku cerita toyol.
 
yang pasti, apa motivasi ustaz nasha untuk terus terusan menentang jemaah, dan meminggirkan diri? ustaz nasha bukannya berdagang dan melukut tepi gantang dalam pas, sebab dia masih lagi ahli syura pas. dan, sebagai seorang ahli syura yang percaya doa kristian akan dimakbulkan Allah, adalah satu benda pelik dan menjadi bahan ketawa orang sampai bila-bila.
 
dan bukan kerja orang soleh dan pemimpin untuk membuat tuduhan tanpa bukti. itu jahil. itu semua kerja umno dan pencacainya. janganlah ustaz nasha merendahkan dirinya setaraf papa gomo dan parpukari.
 
sekadar perbandingan cerdik.

persoalan tentang 29 februari

aku baru menonton 29 februari. bagi yang belom menonton, 29 feb berkisar kehidupan insan pelik yang dianugerahkan untuk tua hanya 4 tahun sekali yang bernama budi bin halim. ala-ala benjamin button, tapi terbalik. tapi, aku nak cerita bukan pasal watak budi ini per se, sebab kalau setakat masalah dia nak sambut harijadi 4 tahun sekali, pada aku budi ni boleh je ikut kalendar islam, sebab kalendar islam ni terang-terang genap 30 hari.
 
yang aku nak cerita pasal dalam cerita 29 feb ini, digambarkan perjalanan sebuah negara (malaysia) dari sudut perspektif kehidupan budi, bermula dengan perang dunia kedua dan pengunduran british, penjajahan jepun, merdeka, dan kisah-kisah pahit manis pengisian kemerdekaan seperti keluarnya singapura, rusuhan kaum 13 mei, kebangkitan ekonomi dekad 70-90an, kereta proton saga sehinggalah 2012, walaupun menara berkembar petronas tak masuk list sebab lepas pindah ke penang, budi nampaknya terputus jauh dengan KL.
 
cuma yang jadi persoalan, kenapa watak melayu yang signifikan pada budi, kedua-duanya cacat? si razak tu buta dan khatijah ke apa namanya tu pulak bisu. dan budi pulak hidup lama. jadi, kita ada secara keseluruhannya melayu yang hidup lama, tapi buta dan bisu.
 
dan, tema yang paling diangkat adalah percintaan terhalang budi dan lily (bangsa cina yang akhirnya anak saudaranya islam). bila aku cerita 29 feb ni bab cinta terhalang ni, fikiran aku entah macamana asyik terfikirkan struggle budi untuk hidup bersama dan mengahwini 'lily' hanya satu metafora struggle orang melayu untuk menerima orang cina, dan orang cina struggle untuk menerima orang melayu.
 
fikirkan ini baik-baik
 
melayu yang hidup lama, buta dan bisu bersungguh-sungguh menyayangi tanahnya yang secara alamiahnya cina.
 
i do not know what others are thinking, but for me this is one of the most radical idea and concept of malay cinema.

ingatan 7 oktober

jam pukul 315 pagi waktu sharjah. mata masih belum mahu layu. di malaysia sudah pukul 715 pagi. alam buana apartmentku di bukit subang rasanya sudah mula 'hidup' perlahan-lahan. paling tidak gerai nasi lemak yang diusahakan oleh dua saudara itu sudah di buka. aku tahu, sebab mereka akan meniaga selepas subuh.

kalau deme cuti, gerai di sebelah kedai mamak itu pasti bukak. seingat aku, gerai itu tidak pernah tutup. gerai itu istimewa, sebab nasi lemaknya nasi lemak pandan, dengan ikan bilis di goreng rangup. apapun, nasi lemaknya jauh ketinggalan dengan nasi lemak emak di rambai 7. nasi lemak yang emak buat ada rasa 'perjuangan'. jika berniaga adalah alat dewata peperangan dan mana-mana perjuangan, maka nasi lemak itulah senjata emak meneruskan perjuangannya. bukan azali seorang ibu tunggal turun berjuang, tapi sejak 35 tahun lamanya, emak tidak pernah punya pilihan untuk tidak pernah turun berjuang. buat adel, ingatlah...pah adel itu adalah pejuang kental yang pernah babah temukan. mungkin ada insan yang lebih kental dan sengit perjuangannya, tapi babah tidak pernah mengenal mereka. babah hanya kenal pah nya saja.

ya, seharusnya lagi 3 hari aku dah balik malaysia. tapi, atas peluang yang diberikan, sambung lagi 3 bulan sampai hujung tahun. nampaknya aidil-adha yang bakal bertandang 26 Oct ini, aku masih di sini, dan seperti biasa mengutip kenangan-kenangan manis untuk aku bekalkan buat diriku di pagi aidil-adha itu nanti. dan itu bukan kerja mudah. mengutip kaca berkecai seribu aku kira lebih mudah.

tapi, tidak mengapalah. aku selalu mengingatkan orang supaya tabah. apapun terjadi, tabahkanlah hati. teguhkan tekad. sekarang, padan muka aku. kata-kata yang aku berikan pada orang, akhirnya datang bertandang di dalam hati. tabahlah engkau sekarang semahu hati. berteguh tekadlah engkau semahu-mahunya. aku berkira-kira, kiranya aku tidak pernah mengucapkan semua itu, dapatkah aku mengerti betapa dalam dan mistiknya perbuatan yang dikatakan 'tabah' dan 'teguh' itu. paling tidak, dapatkah aku mengerti hati itu terlebih dulu 'berdiri' sempurna, sebelum tubuh boleh 'berdiri'.

rindu dendam buat si adel dan isteriku tidak pernah kunjung padam. aku benar-benar berterimakasih dan berhutang dengan kerelaan dan pengorbanan mereka berdua. ini bukan salah sesiapa, hanya satu jalan yang telah ditentukan. sama-samalah kita tempuh berbekalkan apa yang kita di-izinkan-NYA kepada kita. 

di balik langit, ada langit lagi. di bawah tanah, ada tanah lagi.

cerita pasal kontraktor india dan pakistan (bahagian 2 - Akhir)

 
akhirnya si kontraktor india menunaikan janji dan melawat sahabatnya si pakistan. sejurus sampai di lapangan terbang, alangkah terkejutnya dia apabila melihat sahabtanya itu sudah sedia menunggu dengan sebuah helikopter.
 
'marilah naik, rumah i lebih kurang macam rumah u juga, jauh..' jawab si pakistan.
 
dalam perjalanan selama 20 minit itu, akhirnya mereka sampai dan mendarat di atas istana agam milik si pakistan. dalam kekaguman, dalam perkiraan si india, segala kemewahan dan kehebatan rumah sahabatnya ini sangat jauh jika dibandingkan dengan apa yang dimilikinya.
 
di sebelah kiri istana agam itu terletak garaj kereta-kereta dan kenderaan-kenderaan pilihan si pakistan. model kereta mewahnya jauh lebih banyak dan 'rare' jika dibandingkan dengan koleksi yang dimilikinya. si india benar-benar terkejut...
 
setibanya waktu makan tengahari, mereka berdua menjamu selera dengan makanan mewah bersama-sama hali keluarga sabatnya itu. selesai menjamu selera, dua sahabat ini meminggir ke sudut istirehat yang menghadap sebuah taman yang mendamaikan yang seluas mata memandang.
 
akhirnya, si india memberanikan diri untuk menyoal sahabatnya itu.
 
'you ni business macam i juga. tapi untuk 10 tahun dengan semua ini, apa rahsia you?
 
si pakistan diam. lama dia bermenung dan menghirup teh pekatnya. kemudian dia memanggil salah seorang dari pembantunya, dan membisikkan sesuatu. si india diam memerhati.
 
'kurang-kurang 180 orang yang berkhidmat di rumah ini...' hati kecilnya si india berkira-kira.
 
akhirnya pembantu sahabatnya tadi kembali dengan sebuah binokular di tanganya dan diserahkan kepada si india.
 
'cuba you teropong ke sebelah utara taman ini...' perlahan si pakistan bersuara.
 
si india mula meneropong. jenuh dia meneropong dan membesarkan fokus, masih tak kelihatan apa-apa. akhirnya dia mengalah.
 
'you suruh i teropong dan tengok apa ni...' tanya si india, sedikit kecewa.
 
lalu si pakistan bersuara...
 
di arah utara itu seharusnya ada jambatan dua hala yang menghubungkan wilayah ini. ianya projek kerajaan yang aku menangi 10 tahun yang lalu.
 
ya...sejak 10 tahun lalu aku 'claim' belanja membinanya, namun seperti yang you tengok, i masih di peringkat 'design drawing' lagi...
 
akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa.
 
moral dari cerita ini:-
 
1) antara kerajaan india dan pakistan secara realiti...sama sama kuat rasuah.
 
2) businessman india dan pakistan memang pandai membelit dan mengampu.

cerita pasal kontraktor india dan pakistan (bahagian 1)

aku dah dengar cerita pasal dua kontraktor india dan pakistan ni dah lama. cerita ini klasik dan selalunya jadi pembuka bicara dalam mana-mana casual meeting yang aku pernah join.
 
ceritanya lebih kurang begini:-
 
ada dua sahabat yang terlibat dalam business pembinaan dan kontraktor. seorang dari India, dan seorang lagi dari pakistan. kedua-keduanya memulakan business melalui cara yang sama, iaitu dengan membida projek-projek kerajaan.
 
setelah berpisah hampir 10 tahun, mereka bertemu kembali di sebuah konferens di dubai. usai bertemu khabar dan bertukar-tukar cerita, kedua-duanya berjanji untuk saling ziarah menziarahi.
 
lalu, kontraktor pakistan ini pun dijemput terlebih dahulu kontraktor india ke kediamannya, di sebuah kampung terpecil di sebuah wilayah di India. sebaik sahaja si pakistan ini menjejak kaki di lapangan terbang, si india sudah menunggu dengan helikopter augustanya. 'mari, rumah aku jauh...kita kena naik heli aku ni' jawab si india sebab dia tengok si pakistan ini dah terpinga-pinga.
 
apabila sampai ke destinasi, si pakistan ini terkejut melihat kekayaan si india ini. sebuah rumah agam yang tersergam indah, dekorasi yang mengagumkan serta dengan koleksi kereta kereta mewah yang berjumlah 8 biji semuanya. apabila si india ini melayannya sehingga waktu makan tengahari, si pakistan ini perasan yang pelayan-pelayan di rumah ini tidak kurang dari 80 orang. mewah betul hidup sahabatnya ini sekarang.
 
dan, selaku seorang businessman dalam industri yang sama, si paksitan ini teringin sangat mengetahui bagaimanakah caranya sahabatnya ini boleh memperoleh kekayaan sebanyak ini dalam tempoh lebih kurang 10 tahun.
 
akhirnya, apabila saat itu sampai, dia pun bertanya. 'bagaimanakah business you ni boleh maju sampai ke tahap ini?'
 
si india terdiam...dan berfikir sejenak.
 
kemudian dia bangun.
 
akhirnya dia kembali dengan sebuah binokular (teropong) di tangan.
 
'ini...cuba engkau lihat ke arah selatan' si india mengarahkan si pakistan.
 
si pakistan pun meneropong. jauh...tapi masih tak nampak apa-apa. 'tak nampak apa pun' katanya.
 
'cuba you zoom kan lagi binokular tu...' jawab si india.
 
selepas zooming, barulah kelihatan sayup-sayup pada pandangan si pakistan, sebuah jambatan konkrit sepanjang 20 meter sedang di baik pulih.
 
'i nampak jambatan under construction' kata si pakistan.
 
sambil tersenyum, si india menjawab ' jambatan kerajaan itulah punca dan rahsia apa yang i miliki hari ini...'
 
dan dia menyambung...
 
'jambatan itu adalah kontrak kerajaan aku yang pertama 10 tahun yang dulu...dan ia masih tak siap-siap SAMPAI SEKARANG....'
 
tahulah si pakistan sekarang dari mana datangnya kekayaan si india.
 
lawatan itu tamat di situ, dan si india berjanji akan melawat si pakistan minggu hadapan..dan bagaimanakah pula kehidupan sahabatnya di pakistan?
 
cerita akan bersambung....

satu tangan, satu kaki dan sebilah pedang patah



karya gelap dan tsui hark (1995) bikinan semula 'the one-armed swordsman (1967) dengan olahan jalan cerita yang lebih huru-hara, hitam, serabut dan lebih kejam.

kudung bangsat, yang berusaha untuk menjadi swordmaster, untuk jadi sedikit baik dari kudung bangsat adalah benar-benar satu idea tentang nasib insan yang sangat malang.

dan idea itulah yang membuatkan cerita ini sedap.

ya tak ya juga

berikut adalah transkrip perbualan dua sahabat pasal orang 'hijrah' parti...
 
A: kau tahu tak kawan kita tu tau yang dia salah sebab duduk dalam parti tu...
 
B: (diam...mendengar lagi)
 
A: dia takut nak isytihar nak sama-sama dengan kita...takut 'periuk nasi' dia terjejas!
 
B: (diam...terus mendengar)
 
A: dia ingat parti dialah yang bagi dia makan, rezeki...
 
B: pasal dia aku tak taulah, tapi kalau engkau percaya macam tu...
 
A: ....
 
B: Silap-silap AKIDAH engkau yang batal, sebab percaya ada benda lain boleh bagi rezeki pada makhluk selain daripada ALLAH SWT.

aku yang bajet neutrallah sangat.

ya, bajet 2013 memang panas. mantap tidaknya bajet 2013 adalah ditafsir mengikut persepsi kecenderungan politik masing-masing. cendiakawan yang menganalisis di tv, radio dan internet pun memberi komentar ikut 'kecenderungan' kepartian masing-masing.

satu realiti pahit di malaysia sekarang ialah 'kamu' sukar untuk jadi neutral. 

mengutuk sikit sudah masuk pakatan. sokong sikit sudah masuk barisan. akhirnya point-point terbaik yang bermanfaat untuk faedah bersama turut kabur dan terhumban sekali dalam dogma permainan politik sempit yang politikus-politikusnya busung dengan kebencian dan persengketaan. wahai tuhan, sudahkan kami rakyat malaysia ini hena dan tersumpah dengan lomba kuasa ini?

percaya atau tidak, ditengah-tengah 'kemelut & krisis undi pilihanraya' ini, ada ditengah-tengah kita ini masharakat marhaen, golongan ibu tunggal, para buruh kais pagi makan pagi, yang saban waktu nurani dan hati kecilnya bergegar runsing dengan kesempitan hidup dan berbelanja. paling tidak, 'bajet' nak bayar sewa rumah lepas ke tidak? kalau anak tak sakit, motor tak buat hal, mungkin cukup.

aku tak reti nak ulas pasal bajet kali ini. aku tak reti nak neutralkan apa yang aku rasa. kalau aku rasa tak betul, dan aku tulis paling tidak aku di 'mahkota'kan sebagai golongan tak kenang budi. kalau aku rasa betul, dan aku tulis, paling tidak aku jadi barua kerajaan. 

yang pasti aku tahu ini.

hutang berbillion bukan masalah salah bajet setahun dua. ini salah bajet berpuloh tahun lamanya!

dan membenarkan kerajaan salah buat bajet berpuloh tahun lamanya bukan salah kerajaan. salah kitalah sebab asyik angkat orang yang sama.

dan paling bangsat, kalau kita 'ubah' sangat pun...end up kita masih lagi pilih pihak yang akan buat bajet salah.

sehingga kini nama calon TPM pakatan rakyat masih tersembunyi dalam gua.

melayu nak kongsi kuasa dengan cina. tapi ingat, cina belom tentu nak kongsi RM dengan melayu. Entahlah, tapi orang BR1M melayu punyalah payah, sampai berpilih-pilih dan sampai dengar ceramah. orang cina collect BR1M dengarnya takde pulak banyak masalah. takde pulak cina kena dengar ceramah. DAP pun kurang komplen. Melayulah ada sikit problem. bertolo-tolo sampai jadi buruk siku dan mengungkit-ungkit. dah dasar melayu macam itulah. suruh kenang budi tu mengungkitlah namanya tu.

satu pun tidak selamat di tangan internet

inilah bahananya sang internet. kredibiliti dan integriti seseorang tidak lagi selamat di tangan internet. sekali pandang, ianya umpama pedang bermata dua yang menghiris mentah - mentah untuk di makan oleh rakyat.
 
internet ini, melibas ke kanan mereka kena. melibas ke kiri pun mereka kena juga. contohnya
 
Najib dan pembesar-pembesar UMNO tidak lagi selamat dengan salahguna kuasanya. kalaupun tidak benar, mereka pasti tenggelam dengan fitnah siber. kak jat sudah merasa. muka mereka sudah tebal. tapi kulit yang tebal itu dilumurkan dengan masker yang diberi nama 'asam garam politik.
 
anwar and the gang juga tidak selamat. dengan pelbagai tuduhan. lebih kurang sama dengan apa yang ditimpakan oleh najib dan pembesar-pembesar UMNO. tapi, itulah lumrahnya menjadi ahli politik, sentiasa ada masker asam garam politik.
 
lama tak lama kemudian, internet menghiris pula ahli ahli korporat. orang-orang besar di proton kena. orang-orang-orang besar MAS dan AIR ASIA kena. Rozali SYABAS kena. LYNAS Corp. kena. Khazanah kena.
 
tiada yang selamat.
 
kini, internet mula masuk ke dalam istana. boleh cari sampai jumpa. mula-mula internet masuk ke istana johor, sekarang dah mula masuk istana kualan kangsar dan istana kuantan.
 
damn you internet!

malbari haramjadah

tak kisahlah nak cakap apa. tapi kalinga kalinga kat sini memang lembap nak mampos. sibuk dengan nak mengampoo bos aje kejenya. bila aku tak follow-up, korang senang jer kata tak tau. dasar kalinga. bile time keje, korang tak buat apa pun, menyembang-menyembang sampai habis waktu keje.
 
apa yang korang sembang pun taku tak tau.
 
dasar kalinga. kalinga malbari. aku tau kaum-kaum malbari ni memang pemalas tahap anjing. dah la pemalas, korang memang 'deep throat'kan amalan kasta korang yang bodoh tu, walaupun korang ni semuanya islam. dan korang jugaklah beria-ia cerita kat aku nak buat demo pasal filem hina nabi sampai sanggup nak mati shahid, tapi bila bab keje, korang amal sangat-sangat amalan kasta yang terang-terang sangat babi untuk dipraktikkan untuk seorang islam.
 
tambah busuk, korang cuba pulak nak tentukan aku kat kasta mana. haramjadah punya malbari.
 
ini anak melayu merdeka. korang mungkin tak tau konsep 'anak jantan' dalam alam melayu, tapi kalau korang nak merasa, cubalah habiskan apa yang korang plan untuk aku tu. aku tunggu.
 
kalau korang nak tengok chandra bose hidup balik korang try la.

[isi satu]: doubt & trust crisis response team


aku masih ragu-ragu apa peranan aku dalam response team ini kelak. ya, di department aku, akulah tukang monitor market data dan market intelligent info konon-kononnya. tapi, report aku itu pun untuk circulation dalaman, bukan untuk para pesaing. aku pasti, tiap-tiap designated officer boleh hadam dan kunyah report aku tu macam kunyah biskut meri. 

tapi, aku akhirnya menurut perintah. siapkan apa yang patut. report itu, report ini. 5 tahun kebelakang ada, 10 tahun kebelakang ada. walaupun aku dah berkali-kali inform dan tegaskan, setakat nak lawan americana ini cukup dengan apa yang kita ada 5 tahun kebelakang. tapi, untuk cara hujah selamat, bos cakap bawaklah 10 tahun punya sekali. aku diam, dan aku ikut. 

jadi, secara rasminya 'response team' ini terdir dari 5 orang semuanya. 

diketuai oleh bos aku, Mr. hendry. Hendry ni frenchman iras-iras thierry henry, asal morocco. berkahwin dengan tunisian-french. ada anak perempuan seorang. aku tau itu 2nd wife dia, dan dia banyak 'rahsia' pasal perkahwinannya yang gagal dulu. cuma sekali aku ingat dia pesan, rosli....lu kalu nak kejar career, sampai hujung dunia pun takpa, tapi make-sure u take care your wife. hendry kalau bab sales, memang tip-top. bercakap tak henti-henti. cara berfikirnya pantas. matanya yang cememe dengan sedikit kuyu menghasilkan satu pandangan yang sepi tapi keliru. kalau dia tanya pasal kerja, yang dah siap pun rasa tak siap. kata-kata bisanya dilemparkan sekali dengan senyuman manis yang sinis dan dalam. 

kemudiannya, team aku ada humid dayodi. iranian, tapi dari kecik membesar kat scotland. ikut cerita kawan-kawan, bapaknya salah seorang orang kepercayaan shah iran. bila shah iran tumbang dalam revolusi, bapanya masih setia dan diberikan keistimewaan oleh sponsor shah iran sampai ke hari ini. dengar khabar, hingga ke hari ini humid dan bapanya masih berhubung dengan putera-putera shah iran. humid dulu kerja dengan goldman-sachs london. bila krisis kewangan antarabangsa 2008 dulu, 6 bulan sebelum krisis tersebut dia resign, dan mintak kerja dengan kompeni aku sekarang. nasib humid sangat baik, sebab time dia apply tu, kompeni ni memang perlukan iranian native untuk handle business baru kat iran office. maka humid diterima masuk, plus point dengan 'tehran connection' yang dia ada. tapi, disebabkan iran banyak cari pasal dan kena trade sanction yang ketat, humid kurang dapat business dan buku sales bajet dia selalu negatif. namun dia tak putus asa, dan dengan sedikit keberanian, dia try make profit dengan buat 'bulk' business. dia kawin perempuan cina dari china, tapi migrate jadi Scottish citizen. humid sangat organise, dan petah berhujah dan stand-out dalam mana-mana discussion, sebab dia sangat-sangat berhati-hati dengan tuturkatanya. lagipun agaknya orang suka dengar scottish accent-nya tu. 

ketiga, deparment aku punya global office co-ordinator. Ms Suzanne Dassar namanya. widower anak 2. dah tua dah. warga bahrain. suaminya orang saudi kalu tak silap. anak perempuannya, Markesh duduk dengan dia dan bekerja satu kompeni, cuma lain department. anak lelaki dia duduk dengan bapaknya. tipikal arab, suka nak jaga anak lelaki je. hahaha. suzanne ni jugak adalah PA pada hendry. selain jaga semua disiplin, travel, marketing visit dan meeting overseas office untuk di pantau oleh hendry, suzanne juga bertugas sebagai 'info centre' untuk new buyer keep in touch dengan department aku. kiranya, semua orang 'takut' dengan suzanne. dia bukan garang ke apa, tapi kerja me'report' apa saja pasal staff dan office ke hendry. kalau kerani brasil office tak datang keje pun hendry tau. adoii..itu pasal diorang sekali-sekala kata hendry tak datang ofis, kita belum lagi selamat. kalau hendry dan suzanne tak datang ofis baru kita benar-benar selamat. selamat tu maknanya nak mengulor le tu. 

keempat, ada sinha vajayee. ini budak finance. ada dua masters sebelum berhijrah ke uae ni. senang cerita, kalau dia bagi e-mail, selalunya budak-budak sales ni merungut, sebab mesti takde pasal lain, suruh diorang kutip hutang. dan untuk budak-budak sales ni pulak, memang tak best la kalau lepak dengan customer tiba-tiba cerita bukak pasal hutang. sudahlah nak dapat sales punya payah, janji bukan main manis, tapi bila due date, si sinha ni hantar email suruh kutip hutang pulak, tak ke naya. tapi apa boleh buat, memang kutip hutang ni salah satu dari ukuran prestasi utama sales team aku. ye lah, asyik menjual je, duitnya tak dapat payoh jugak nak meniaga...ye tak?

itulah latar belakang lebih kurang response team yang nak berhadapan dengan zulfikar jewahi nanti. sekarang semua dah cukup. dengan berkenderaan volkswagen tiguan humid dan porsche putih hendry (tak tau model apa), response team ini pun bergeraklah menuju destinasi 'pertarungan'...

(setakat itu dulu, nanti aku upload lain)

[buka bicara] : doubt & trust crisis reaponse team

seminggu yang lalu, aku dipanggil untuk join 'outside' meeting dengan biggest customer kompeni yang aku kerja ni. kuwaiti foods company. kuwaiti foods company ni besar tak besar, adalah penama dan frachisor utama untuk rangkaian jenama americana, ayam kentaki, pondok pizza (hut) dan thank god it is friday (tgi le tu) untuk seluruh negara-negra GCC (gulf co-operation council). jenama americana itu sahaja dah ada 1,800 brand name yang strongly survive dalam GCC market. mungkin banyak lagi business line kompeni ni, tapi yang aku terlibat secara langsung, itu sahajalah.

ini direct marketing meeting ketiga untuk aku, selepas meeting dengan pepsi co. dan cargill brasil LLC tempohari. meeting pepsi dulu aku ketar lutut jugaklah sikit, tapi anak jantan apa ada takut, apa yang kena kadap, kadap le, ye tak? lepas tu, dengan ilmu dan kekuatan yang Allah izinkan, Alhamdulillah...next meeting dengan cargill brasil tu lancar je aku menggoreng apa yang patut, heh..so, sebelom meeting yang ketiga ni aku juga berharap akan dapat aku tangani dengan tenang gitu...

ok, serba ringkas, masalah utama yang menyebabkan kena ada meeting ini adalah disebabkan wujudnya doubt & trust crisis diantara supplier dengan buyer. dalam hal spesifiknya, sales team aku sekaranglah yang jadi punca dan jadi bahan. namun ianya bukanlah disengajakan.

semuanya bermula dengan disebabkan officer yang bertanggungjawab bernama Assad  yang sudah berkhidmat selama 5 tahun lebih, telah menghantar surat notis resign 30 hari tanpa alasan kukuh. aku syak dia dapat better offer. yang pelik, assad yang berasal dari pakistan (kashmeer) ini baru sahaja berkahwin, dan dia hantar surat resign ketika dia masih lagi dalam cuti honeymoon. pelik jugak kalau baru kawin ni terus berhenti kerja. sebab itu aku syak dia dapat better offer. tapi entahlah, assad pun kawan biasa-biasa jer dengan aku, sebab kebanyakkan masa dia bekerja sibuk je memanjang.

jadi, untuk mengisi job Assad ini, diamanahkan pulak pada seorang officer yang tidak kurang cekap, Majad Saed (India). Majad ni pendiam, tangkas dan reliable. Majad juga mempunyai people skill yang mantap dan sangat organize, dan salah seorang sahabat baik aku kat sini. selalu tanya khabar aku dan family dan tiap-tiap pagi berkelapangan minum teh dan breakfast dengan aku. tapi, tanpa disangka-sangka Majad bagitau aku dia pun nak blah. dan sebabnya dia tak bagitau dan bagi aku kekal misteri sampai hari ini. ada rumers kata dia taknak beban kerja lebih, sebab walaupun dia ambil tugas assad, dia kena maintain kerja dia sekarang jaga market africa. dan untuk seorang indian yang bukan gujerat untuk handle trade & market africa memanglah sedikit sukar. dan, aku pun kadang-kadang nampak majad struggle dengan marketing task dia yang kalau aku nak hurai, makan minggu jugak ni...

ringkas cerita sebelum aku upload entri baru, human capital shortage yang tiba-tiba melanda department aku ini menyebabkan urusan trade biasa dengan kuwaiti foods dah tak jalan lurus, sebaliknya jalan lurus dah jadi berbonggol-bonggol. di saat dan ketika inilah wujudnya doubt & crisis yang sangat-sangat merisaukan kuwaiti foods. kuwaiti foods rasa dah takde credible officer secekap Assad di department aku untuk response dan take care business diorang. dan untuk saiz busness ratus-ratus juta sebulan yang maintain macam ni, memang patut pun diorang rasa macam tu. 

dan department aku pun tak ada cara lain, selain organise satu meeting dan bersetuju menghantar satu assemble team macam 'the avengers' yang bertindak sebagai 'response team' untuk menangani doubt & trust crisis yang telah wujud. 

dan aku tiba-tiba diserap terus untuk join assemble team ni, walaupun aku pada mulanya ragu-ragu adakah aku ini seorang calon yang tepat? dan bagaimanakah aku & the team nak handle Mr. Zulfikar Jewahi, bos kuwaiti foods yang terkenal dikalangan peniaga-peniaga di sini sebagai egyptian yang suka disanjung-sanjung macam firaun dan seorang  egois kental?

(setakat itu dulu, nanti aku upload lain.)

p/s: nama watak aku tukar atas sebab-sebab tertentu, tapi maksud dan actual event memang berlaku.

lambatnya...

walaupun dah hampir setahun duduk dan berkhidmat di sharjah ini, ada satu benda yang aku tak faham kat sini. kat sini aku rasa dari pukul 12 tgh/hari sampai pukul 6 SANGAT LAMBAT berlalu. tak kisah berapa banyak review / report yang jadi beban tugasan aku, perubahan masa pada jangkawatu itu rasanya berlalu dengan lambat. lemas. macam nak menunggu waktu berbuka. dan, kerap kali pandangan ke jejari jamtangan mengundang rasa hampa. detik berlalu terlalu perlahan.
 
tak macam aku duduk KL dulu, 24 jam itu tak cukup, kalau boleh mahu ditambah lagi...adoii la...
 
kenapa? punyalah lambat period itu berlalu, sampai aku boleh memikir sebab apa aku boleh rasa lambat. antara kesimpulan yang aku dapat antaranya perubahan malam dan siang yang pendek kat sini. manakan tidak, pukul 5 pagi dan macam pukul 7 pagi kat malaysia. aku masuk keje pukul 830, keadaan alam dan cuaca kalu kat malaysia dan macam pukul 10 pagi. kat situ mungkin malay-psikologi aku dan main peranan. dan Asar pulak masuk dalam pukul 330 lebih...berbeza ngn Malaysia, kalau dah Asar tu dah dekat sangat nak balik.
 
rupa-rupanya, hanya sekadar deraan psikologi ...bukan apa pun. macam nak balik pukul 630 nanti kang, bila keluar, mesti langit dah gelap gulita, dan tiba-tiba mood rasa dah keje lama sangat. sebab kat malaysia 630 masih lagi cerah dan kegelapan malam hanya tiba menjelang senja, lebih kurang 730 malam.
 
tetapi realitinya, masa amatlah cepat berlalu. tambahan pulak bila memikirkan betapa cepatnya si adel sudah membesar dan semakin pantas dan kerap menguji kesabaran bondanya. hrindu rasa hatiku, moga-moga kita cepat-cepat kembali bersatu. Insha'Allah.

uncommon sense, common nonsense

rilisan feb 2012
alkisahnya acapkali aku masuk meeting / discussion dalam bilik bos, sentiasa atas meja dia ada buku bertajuk 'Islam' karangan karen Armstrong. jadi, itu macam signal untuk aku 'it is ok to bring your book to office'. so, aku pun memasang niat untuk beli buku baru, tambahan pulak aku dah khatam 'the 33 strategies of war' karangan robert green.
 
jadi, sabtu lepas aku pun jalan-jalan dekat sahara mall (kat sini jer ada toko buku ala MPH namanya Jashamal) sambil berkira-kira topik apa yang nak aku beli. topik-topik ini berpusing-pusing dalam fikiran aku di setiap langkah menuju Jashamal. setelah berkira-kira, aku pun ambil keputusan nak fokus untuk cari buku-buku yang menarik pasal 'self-motivation' ataupun pasal pengurusan kewangan mikro yang santai.
 
sampai je kat Jashamal, aku mula membelek buku-buku yang aku yakin nak beli.
 
Buku biografi sultanate-sultanate UAE memang mencengkam jiwa dan menarik perhatian. manakan tidak, dengan persembahan kulit keras dan muka depan bertatahkan dakwat emas, di tambah pulak dengan 'subjeknya' berkenaan jatuh-bangun dan kesungguhan sultanate-sultanate UAE ini 'transform' dubai dan Abu dhabi dari warisan tanah tandus kolonial inggeris sehingga menjadi moden dan sangat kompetetif macam hari ini. tapi apa boleh buat, buku-buku tersebut belom cukup kuat untuk mengorbankan duit aku.
 
akhirnya, di segmen 'Management & Finance' aku berjumpa dengan 'Uncommon Sense, Common Nonsense' yang ditulis atau di susun oleh jules goddard & tony eccles.

seperti tajuknya (disamping warnanya yang black & yellow - ala ala Clifford official colour tu), buku ini memberikan highlight perkara-perkara yang logik dan common sense yang 'make sense' serta mudah dan berguna serta berkualiti untuk dijadikan amalan untuk sesebuah authority organisasi atau agensi, bahkan seorang ketua untuk maju ke hadapan, tetapi selalu di pandang mudah dan enteng.

Sebaliknya, authority organisasi dan agensi bahkan seorang ketua ini  bersungguh-sungguh dan tersangat fokus pulak pada perkara-perkara yang kurang logic dan tak bermanfaat serta merugikan mereka sendiri. dan menurut buku ini, kes-kes  'salah fokus' dan terlepas pandang seperti inilah yang menjadi menghalang ataupun kubu batu yang kritikal untuk maju mundurnya sesebuah organisasi itu untuk 'survive' di dalam arus persaingan yang deras.
 
benda-benda uncommon sense, common nonsense yang 'make sense' ini di surahkan dalam 4 juzuk penulisan dalam bentuk karangan ringkas yang di-ekstrak dari jurnal-jurnal dan kajian pengurusan 25 tahun kebelakang iaitu :-
 
1. winner & losers
2. strategies & tactics
3. organisation & management
4. biased & remedies
 
jangan bimbang, buku ini bukan buku 'teks managemant' dan sangat-sangat disarankan sebab ada banyak manfaat dan sangat berguna untuk kita mengesan apa yang lebih 'make sense' untuk organisasi yang kita tengah served sekarang. dan untuk aku secara peribadinya buku ini macam mesin scnanner untuk aku muhasabah balik apa yang 'make sense' untuk keluarga kecil aku, di samping apa yang 'make sense' untuk aku sebagai seorang insan dan manusia. secara umumnya, mudah nak faham apa yang penulis ini nak sampaikan, sebab idea-idea dan mesej-mesej yang kritikal dalam buku ini didatangkan dengan lakaran graf dan visual yang sangat minimal, tapi sangat memberi faham dan mengesankan. ianya sangat berkesan, sampaikan idea-idea yang dipersembahkan sangat 'revealing' untuk aku dan melekat dalam fikiran aku dalam seminggu dua ini.
 
aku beli buku ni dengan harga 78 dirham, dan seperti biasa aku akan tulis dengan 2nd page mana-mana buku yang aku dan beli dengan nota memori ringkas seperti berikut:-

belong's to muhamad rosli
09/09/2012
sahara mall, sharjah, UAE
 
dan lebih kurang seminggu aku ulang-alik bawak ke office dan baca diwaktu senggang, ternyata buku ini menarik perhatian rakan sekerja dan juga bos aku. hari ini, bos aku datang slow-slow kat aku tanya aku buku ni pasal apa dan aku beli kat mana. jadi aku ceritalah lebih kurang pendapat dan apa manfaat yang aku dapat dari buku ni. kemudian dia pesan, suruh belikan untuk dia satu kalau aku ke sahara mall lagi.
 
alih-alih, lepas lunch tadi, dia datang dan kata dia dah tak sabar sangat nak baca buku sebab agaknya sama macam aku, sangat 'curious dan suspense' dengan apa yang buku tu nak sampaikan. dia sanggup beli dengan harga 100 dirham dan aku tanpa soal banyak, bersetuju. tapi aku cakap kat dia, aku dah tulis notes kat 2nd page. dia kata tak kisah, dan mintak pulak aku coret nota ringkas untuk kenang-kenangan dia.
 
jadi, kat bawah note aku tu aku tulis pulak:-

a 100 dirham gift to mr. georges
13/09/2012 @ 1:49 PM

setiap buku pasti ada cerita, dan inilah cerita salah satu buku yang aku baca. esok cuti, jadi aku kena repeat beli buku ni balik. dan itupun cerita pasal buku juga.

kisah chai dan chai-walla

chai tu teh. chai-walla tu pulak budak teh. kalau kat malaysia, kita lebih popular dengan 'tea lady'. sesiapa yang tak pasti 'chai-walla' ni keje macamana, yang aku boleh bagitau kerjanya sama macam kerja jamal malik dalam 'slumdog millionaire'.
 
yang aku tak pasti apa fungsi kedua-dua ni selain dari served teh pada officers dan bosses, in this case dekat kompeni yang aku keje ni.

di malaysia, lebih mudah untuk memahami kerja 'tea lady' yang kebanyakkannya diserahkan kepada perempuan separuh berumur, yang bersesuaian dengan gaji dan khidmatnya yang minimal. dalam banyak kes yang aku jumpa, ibu tua metropolitan yang masih berkudrat untuk mencari rezeki halal untuk dirinya, dan keluarganya barangkali. selain menghidangkan teh, sekali - sekala ia mengemas apa yang perlu di pejabat. tiada apa yang pelik kat situ.
 
cuma di sini, aku tak nampak option masa depan jika bekerja sebagai seorang 'chai-walla'. kebanyakkannya masih muda (sekitar hujung belasan tahun) yang di bayar entah berapa dirham sebulan hanya untuk menghidangkan teh, 4 kali sehari. 930 pagi, 1200 tengahari, 330 petang dan 530 petang. dan circulation dan head to serve nya pun terhad pada para-para managing directors yang mana aku agak bernasib baik kerana disebab kedudukan ofis aku yang bersebelahan dengan directors office, aku juga termasuk dalam list meja-meja yang kena served teh 4 kali sehari. rasa macam tuan pulak.
 
banyak kali jugak aku pesan pagi-pagi tak payah buat pada vinod (si chai-walla), tapi dia bertegas jugak nak buat, nanti kalau 'bos' dia check atas meja aku takde cawan teh, dia kena bamboo dan potong gaji. Subhanallah...keje chai-walla pun ada bos? apa lah keje dan tanggung jawab si chai-walla ni? misteri sungguh.
 
tapi, inilah dia syurga 'cheap labour' yang ada di sekitar india, pakistan & afghanistan. buruh-buruh murah di bawa masuk untuk jadi katalis dan hamba perkapitalisan pemodenan dubai dan kawasan sekitar.
 
bila dikenangkan-kenangkan, hidup mereka tidak pernah mudah, dan bertambah malang jika dunia tidak pernah pula bersikap adil dengan nasib mereka. 

kisah pengorbanan abil fikri ahmad yang mengharukan

di mana nak mula?
 
ok..mula sekarang...hari ini aku bangun awal, dalam pukul 4 pagi...lepas tu tak boleh tido sampai pukul 630 pagi. alang-alang dah berjaga, bukak laptop, terus surf internet dan FB. dalam banyak-banyak status update, aku klik link blog 'warkah buat isteri'. aku baca entri terbaru (6 sept 2012) dan aku baca 2 entri awal, aku termenung jauh...sangat jauh ke dalam hati, dengan satu pertanyaan yang tak kunjung padam...'kalau aku kena uji macam si abil fikri ahmad ni,,,mampukah aku?'
 
sepintas lalu, blog ini diusahakan oleh Abil Fikri Ahmad (Abil) yang bertujuan sebagai catatan kenangan dan 'real life blogging effort', bersesuaian dengan tajuknya 'warkah buat isteri' yang ditujukan khas buat isterinya tercinta, Pn. Fauziah (Gee)  yang kini terlantar kerana di sah kan 'brain damage' berikutan serangan asma yang dihadapinya sekitar 2011 yang lalu.
 
melalui catatan Abil di blognya (setakat ini), nescaya secara sedar atau tidak kita akan tersentuh dengan pengorbanan, beban serta harapan  Abil untuk melihat isteri tercinta sembuh dan bangun seperti sediakala. disebabkan ianya sesuatu yang personal dan rela-life experienced, segala catatan dan gaya persembahannya mudah di hadam...walaupun abil menggunakan kaedah penceritaan yang santai dengan sulaman lawak-lawak ringkas. namun begitu, kesedihan dan refleksi kerinduan dan mendalam dapat juga di kesan disebalik tiap kata ringkas tersebut.
 
walaupun kaum ibu berulangkali menyatakan betapa bertuahnya Gee bersuamikan Abil, namun berulangkali juga Abil menegaskan bahwa dia yang bertuah beristerikan Gee.
 
membaca dan singgah di blog 'warkah buat isteri' ini sesungguhnya memberikan 1001 pengajaran buat para pembacanya, terutamanya aku.
 
namun begitu, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
 
Buat saudara Abil Fikri Ahmad, saya mendoakan agar Allah SWT Yang Maha Pemurah, Penyayang dan Maha Berkuasa , memberikan kekuatan kepada saudara dan ister tercita, serta melimpahkan rahmat dan keberkatan buat saudara sekeluarga.
 
untuk cerita lanjut sila layari blog 'warkah buat isteri'.

cerita dari kawan (kota damansara)

bila bercuti, macam menggeletar ketagih tak jumpa kawan-kawan lama. aku tak banyak circle of frens, hanya ada circle oldboys (budak izzuddin & clifford kuala) dan circle alumni (aseania 2003). tapi, circle of frens inilah yang sebenarnya jadi gelanggang debat dan enlightment aku. banyak topik yang dibahas dan dibahasakan kan kalau berjumpa, dari topik awan nano sampailah macamana nak urus kerajaan. bukan calang-calang topik derr..
jadi, untuk mengelakkan catatan menarik sepanjang pertemuan itu tertebar dan hangus begitu sahaja, aku decide nak tulis dalam tajuk 'cerita dari kawan' dan kita bermula dengan cerita yang datang dari kota damansara. dan siapa yang terlibat biarlah menjadi misteri nusantara sampai bila-bila.
cerita 1 :
unsur ghaib yang menekan hidup aku (kepala keluarga muda berumur lingkungan 30-an)
benar. aku hidup tertekan. rata-rata 'aku' memang hidup tertekan. mana tak tertekan, separuh duit pendapatan terbuang dengan installment kereta, sewa rumah dan ptptn (heh!). dan kebanyakkan dari kami yang makan gaji memang punya 'komitmen bank' yang tinggi. jadi, semuanya serba tak kena, tinggi installment kereta, installment rumah nanti belom tentu lulus. itu belom cerita installment personal loan. sana lubang, sini lubang, dah rekod tak cantik pulak. masuk CTOS / CCRIS setahun kena rekod clear - nasihat salesmen myvi aku.
ada yang kata itu tak apalah, dah adat nak mula hidup, tang mana yang kerajaan nak tolong hang ni oi!!...yang kerajaan dok bagi ni pun dah syukur alhamdulillah.
iya, kami akur dan akui. tapi dicelah celah itu diselitkan juga dengan belanja tol dan petrol yang kami sentiasa berdebar saban tahun menjelang disember, dengan khabar berita samada ianya akan naik atau tidak. begitu jugak dengan pelbagai berita rasionalisasi gula, minyak masak dan tepung yang mengakibatkan peniaga-peniag terus histeria sampai cas parking pun naik RM 1 untuk satu Jam.
ehh! apa susah..kedai 1 malaysia kan ada? ha'ah..kenapa tak beli kat kedai 1 malaysia, murah tu. adoii..aku biarkan orang lain jawab, dan jawapannya lebih kurang macam ni...
kalau terserempak dengan mentua, beli barang rumah dekat kedai 1 malaysia apa cerita? kalau di giant tu lainlah sikit...kan giant ada joint kredit kad dengan citibank? Oh..tak boleh apply kredit card, sebab komitment kereta ngn rumah dah lebih ooo...kena konsultasi dengan AAPK BNM.
tapi, menengokkan kawan-kawan anak somebody dan politcally connected boleh pakai harrier dan civic, settle di subang jaya dan prime area membuatkan kami tertanya-tanya apa pekerjaannya dan berapakah range gaji bulannya, sebab dia dulu 'grad' pointernya tidaklah se gah mana..hahahaha...
dan cerita ini terhenti di sini.
Cerita 2: Anak Lahir Tak Cukup Bulan (semoga tabah untuk teman yang menghadapinya)
bagi yang mengalami, sukar untuk dibayangkan dugaan dan ujian yang diberikan oleh Allah. betapa lemah dan tidak berupayanya seorang insan bergelar bapa melihat anak dan zuriatnya sedemikian rupa.
satu testamen bahawa hospital kerajaan sekarang dah ok..cuma kenalah tahan dengan misi-misinya sikit...kau pedulikanlah semua tu.
Alhamdulillah, semuanya nampak tenang dan sihat kini. moga anak-anak mereka membesar bagai para solihin dan solehah yang berbakti kepada kedua orang tuanya dari dunia sampai akhirat.
dan cerita ini tertangguh sampai di sini...


anekdot cuti aidilfitri 2012 (14 Aug - 2 sept 2012)

Alhamdulillah...aku sudah kembali ke sharjah, selepas 2 minggu plus berhariraya di kuala kangsar dan subang. aku bersyukur sebab buat keputusan tepat untuk pulang berhari raya walaupun tarikh hari raya dan tarikh akhirnya program yang genap setahun ini hanya sebulan sahaja bezanya. terima kasih buat isteriku yang tak jemu-jemu meyakinkan bahawa kalau aku tak balik raya tahun ni, memang hampehlah aku beraya kat sharjah ni. dan, telahan isteriku itu ternyata benar, dan sukar aku gambarkan keadaanya kalau aku beraya kat sini.
 
aku sangat-sangat bersyukur ke hadrat-NYA walaupun menjalani tempoh penerbangan yang panjang (hampir 24 jam) namun diizinkan juga beraya kat kuala (R7) dengan emak dan adik beradik, join pulak Hj Hussein 'family day' di klebang dan seterusnya berhari raya dengan Abah & emak di sungai Choh dan subang. makan macam-macam, lemang ketupat, laksa, rendang ayam, rendang daging, mee goreng, satay, gulai tempoyak, ayam masak kicap, rendang emak RRI yang padu pedas.
 
memang list makanan kat atas tu nampak biasa-biasa jer, tapi kalau kome jadi aku kome tau le betapa bestnya gulai tempoyak kalau dapat makan kat sini. walaupun aku sedikit 'menderita' dengan seleksi makanan kat sharjah ni, sekurang-kurangnya balik berhari raya yang lalu dapat juga menghilangkan 'gian' aku pada set-list menu-menu tu.
 
dek disebabkan cuti yang singkat dan banyak aktiviti melayan dan bermesra dengan adel al-kalbaani yang semakin bijak memanggil-manggil nama babahnya dan menepuk-nepuk perut babahnya, mengakibatkan banyak hasrat berkunjung ke rumah kawan-kawan terpaksa dipendekkan. tak jumpa sesiapa pun di kuala, walaupun hati teringin benor nak jumpa dan melepak dengan raop. takpe..ada masa nanti kita lepak lain.
 
mana yang sempat berjumpa dan tak berjumpa, selamat hari raya aidilfitri di ucapkan, maafkanlah salah dan silapku zahir dan batin.
 
Insha'allah di ruang dan peluang yang lain kita bertemu juga, dan bertukar tukar berjuta cerita.

seribu malam di satu malam di bulan ramadhan

di dalam bulan ramadhan, ada satu malam, yang di dalamnya kurnia rahmat Allah seumpama seribu malam. itulah dia lailatul-qadar. kini sudah masuk per-tiga ramadhan, dan pencarian lailatul-qqadar pun bermula. segala genap ibadah dilipat-gandakan.

malaikat-malaikat sebagai makhluk-nya yang taat akan turun menyampaikan salam kepada hamba-hamba dunia-Nya yang terpilih. aduh!, untung sekali jika aku termasuk dalam golongan yang terpilih.

ramadhan adalah bulan yang benar-benar istimewa. bak kata mohamed farah, ramadhan adalah bulan mendidik jiwa, minda dan tubuh badan. it is a control mechanism.  

menjelang aidilfitri / merdeka

2012 kali ini, ditakdirkan aidilfitri menjengah dulu, kemudiannya merdeka. tinggalkan dulu aidilfitri. aku mau cakap pasal merdeka.

ya, tak kisah orang cakap apa, bagi aku sesiapa saja yang lawan british dan jepun sampai jepun kena hambat balik jepun (dan kemudiannya kita menyembah ekonominya) dan british jadi gerun dan memerdekakan kita (padahal imperialis dunia itu memang sudah musnah satu demi satu, macam musnahnya regim keditaktoran asia tengah sekarang ini) perlu diiktiraf sebagai nasionalis kemerdekaan, tanpa kanan dan kiri. sebab tajuk besarnya ialah MENGHALAU PENJAJAH. cuma methodnya saja berbeza. berunding ka, angkat senjata ka, hussein onn ka, pak sako ka, ahmad boestamam ka, side PKMM atau side PKM aku takde masalah, selagi pejuang dan perjuangannya adalah menuntut kemerdekaan.

ada jugak yang kata kerajaan yang ada sekarang ni barua penjajah, sebab 'dimenangkan' oleh penjajah dengan syarat dasar-dasar penjajah disuburkan juga walau lepas 1957. Inaku tak setuju. kena hormatlah juga perjuangan dan pengorbanan tokoh-tokoh dulu. tapi, mungkin kutukan ini jugalah balasan untuk mereka juga sebab 'menambus' dan menghilangkan catatan perjuangan yang perlu dalam lembaran sejarah kemerdekaan negara.

kita tutup bab nak capai dan halau penjajah ini, sebab walaupun bab ini penting, ada lagi bab yang lebih penting, iaitu 'MENGISI KEMERDEKAAN'.

selepas 1957, bermulalah tanggungajawab generasi 50 an dan seterusnya, untuk mengisi kemerdekaan. tanggungjawab itu diteruskan sampailah ke generasi kita yang dikataka generasi internet dan media baru (aku nak muntah). prinsip pejuang kemerdekaan dan pengisi kemerdekaan itu sebenarnya masih sama, menghapuskan PENINDASAN dan mempertahankan KEBEBASAN.

jika kita kini tertindas dengan rasuah dan terpenjara untuk membasminya, maka kita mesti tuntut kebebasan itu, agar kita tidak lagi tertindas. 

aku meangmbil sikap pembodohan yang dibudayakan (terutamanya bab Ketuanan Melayu dan Islam) adalah penindasan paling fatal untuk pemikiran anak muda melayu macam aku. 

ridhuan tee dan manoharam

mengikut laporan malaysian insider ridhuan tee yang melancarkan sebuah buku yang bertajuk 'buka minda' telah melahirkan rasa bimbang dengan jangkaan /  kajian nya sendiri bahawasanya indonesia akan bertukar menjadi negeri yang majoritinya kristian, berbanding kini, iaitu islam. takut benar ridhuan tee dengan jangkaan / kajiannya sendiri kerana mengikut laporan berita tersebut, ridhuan tee merasakan indonesia akan menjadi ancaman baru kepada kedaulatan Islam Malaysia menjelang 2035.

tiada keperluan bagi ridhuan tee untuk merisaukan angka-angka di indonesia, sedangkan 'bahaya' sebenar umat islam malaysia kini adalah orang islam dan kepimpinan islam yang curang dan membelakangkan hukum hakam dan peraturan Islam dan beramal dengan amal kemunafiqan.

ridhuan tee kena fokus pada akhlak pemimpin dulu, kalau dia rasa akhlak dia sudah terlebih baik. ridhuan tee kena tegur pemimpin dia dulu, yang beri dia makan, baru pegi ke pemimpin pembangkang. itu kaedahnya, bukan memberatkan benda yang kurang perlu dan jauh pulak beribu batu. dan, lebih malang, jika dengan anggaran angka, kita selaku umat islam mudah benar goyang, maka ingatlah, kesaksian Tauhid 'Tiada Tuhan Yang Layak Di SEmbah Melainkan Allah' itulah yang memenangkan tentera Badar.

Jumlah dan angka tidak pernah menjadi hal di dalam perjuangan Islam.

Dan, untuk manoharan DAP yang secara sinis mengulas kekalahan lee chong wei dengan 'tweets' Chong AWAY, memang kabur apapun motifnya si manoharam ni. nak popular ke apa, tapi kalau memang nak bersikap sinikal berikutan kecewa dengan kekalahan LCW pada Lin Dan, memang Manoharan ni tak berjiwa besar dan berfikiran sempit.

kalau dia tengok game final tu, dia patut faham, siapapun boleh muncul juara. memang hangit dan asak rapat game. tapi dah namanya bertanding, adalah kalah menang. kalau tak nak ada kalah meang, suruh la LCW ngn Lin Dan main suka-suka untuk charity. bangang.

kenapalah banyak sangat orang bangang dalam malaysia neh....

dunia hari ini dan kita...

tengok berita channel 'dubai one' beberapa minit sebelom berbuka puasa tadi, rupa-rupanya seperti biasa, meninggalkan banyak persoalan dalam kepala aku. sekumpulan NGO dubai amal jariah gabungan setengah kerajaan setengah persendirian inisiatif dubai melancarkan gerakan sumbangan iftar setiap hari di bulan ramadhan di sekitar 6 masjid terbesar dubai dengan sasaran untuk membelanjakan sekitar 2 billion US. selain 6 masjid terbesar di dubai, usaha amal jariah NGO ini juga dipanjangkan sekitar India, Pakistan, Indonesia, filipina dan beberapa negari di afrika utara (termasuk somalia). yang menarik, Malaysia tiada dalam senarai. 

iyalah, kalu aku jadi panel pemilih pun aku tak pilih malaysia kalau nengokkan saiz dan nafsu berbelanja masharakatnya, terutama di bazar-bazar ramadhan. hahaha. tapi, walau tak masuk senarai, bersyukurlah kita hendaknya dengan nikmat yang dimakmurkan oleh Allah itu (dalam bab keamanan dan senang cari makan, ye tak?)

selain berita psychotic remaja amerika yang rampage di colorado, kebersamaan german dan peranchis untuk men'daulat'kan kembali euro dan memberi talian hayat kepada espana, dan pelancaran olimpik 2012, dunia juga terganggu dengan berita kejatuhan nilai eksport dagangan China yang semakin turun dan turun untuk tempoh 2 tahun kebelakang. persoalan samada kekuatan ekonomikal domestik china semakin mengecil yang mampu menggugah keupayaan tukaran dagangan Asia-Eropa-Amerika tidak dipandang enteng. hampir setiap hari mereka (para ekonomis / pemodal-pemodal) membicarakan ini. dan, tekanan veto oleh russia dan china terhadap nato 'intervention' syria juga menarik, tatkala tentera pembebasan syria telah berjaya mengebom damascus dan semakin dekat menjatuhkan assad.

dunia hari ini sebenarnya semakin keliru arah tujunya. jika 20 tahun lepas (1990 - 2010) keupayaan ekonomi sejagat tertumpu untuk 'menggemukkan' china, namun selepas china sudah terlebih gemuk (dari segi pegangan modalnya), malang sekali ianya hilang disedut 'sinking-sand' yang entah bagaimana rupanya. berapakah nilai yang cukup untuk memberi makan seramai 1.4 billion orang? tiada siapa yang boleh mengagak.

jaguh-jaguh perang juga kembali menarik selimut. tiada lagi provokasi iran-saudi. hugo chavez tidur lena. obama sibuk dan 'occupied' untuk election november. mitt romney datang dengan idea dan kumpulan dana kapitalis yang mantap. obamaa care untuk rakyat. mitt romney mempertahankan pensharikatan insurans. kadang-kadang bengong jugak baca pasal perbalahan obama care ini dengan syarikat insurans. amerika hancur dari dalam. mak micheal jackson pun boleh masuk dalam list orang hilang...aduhai.

dan bagaimana pula kita? sekadar pandangan jauh, kita tiba-tiba jadi masharakat yang details. sekarang tiada blok neutral di tanah air. yang ada hanya blok kerajaan & blok pembangkang. kritikal pada pembangkang, sah kamu barua kerajaan. kritikal pada kerajaan, sah kamu pengkhianat, masuk dalam kandang orang-orang yang tak bersyukur. kerajaan pusat buat apapun salah. kerajaan selangor dan penang buat apapun salah. buat ini salah, buat itu salah,makanya ramai-ramailah kita duduk di reban ayam. tunggu masa kena sembelih.

terlalu details, sampai hal make up dan bertudung pun boleh jadi isu. sikit lagi timbullah hal bonus hari raya. dia bagi setengah. aku bagi dua bulan. siapa bagus? untuk rakyat berkira-kira sangatlah. samalah blok manapun. kerajaan pening nak bagi berapa. yang pembangkang pening nak 'counter' berapa. bonus hak pekerja pun jadi alat politik dan propaganda? aku nak sangat tengok 'level' kebangsatan ni boleh turun had mana. 

how low can we go, oh my dear leader?

Allah jualah yang maha sempurna kerana menganugerahkan Ramadhan sebagai bulan menyucikan jiwa. Subhanallah.

ramadhan 5

hari ni masuk ramadhan ke-5. malam ni terawih dan insha'allah bersahur untuk yang ke hari yg ke - 6. Alhamdulillah. moga-moga dapat kita merebut segala hadiah dan anugerah Allah pada Ramadhan yang penuh barakah ini, Insha'allah.

ok, gomen sini kerja setengah hari. swasta aku tak pasti, tapi tempat aku keje balik pukul 4 petang. masuk pagi macam biasa, 9 pagi. takde kecoh dengan flexi hour. sini takde bazaar ramadhan. tapi setakat ni, tiap-tiap hari aku pegi supermarket (carefour terutamanya) meduyun pak arab, mak arab, mek-mek arab dan pak-pak pakistan beli barang nak iftar. yang palistani ni beli aku agak dia nak sedekah berbuka puasa kat masjid kot. borong kurma bukan main banyak. dan kurma (date) sini dari tunisia dan persempadanan morocco & algeria (gurun sahara) aku rasa yang terbaik. tebal, lembut, bertangkai dan ada pilihan less sweet. nak sahur rendam soya campur ais, perghhh...tak boleh bayang nikmat Allah yang satu ni. 

seperti biasa, solat sunat terawih memang pengalaman baru. Isyak masuk dalam 840. 815 paling lambat aku gerak pegi masjid. lambat dari tu, masjid penuh la jawabnya. kenalah solat kat luar. boleh la jugak nak solat, tapi panas de. membahang. tapi itulah pengalaman yang bila aku fikir balik best jugak sebenarnya. tapi, tiap-tiap hari tak mampu, sebab tak biasa. baru habis solat isyak peluh menitik-nitik, tak best jugak. 

bila dapat solat kat dalam, 30 minit tu ambik masa baca Al-Quran. ada jugak naskhah Al-Quran terjemahan melayu. hamba Allah manalah yang sedekah, aku doakan banyaklah pahala Allah bagi pada hamba Allah ni. 2-3 hari awal aku tengok pak arab dan jemaah datang bawak air mineral. letak tepi. aku pelik jugak mulanya, sebab kat malaysia tak pernah tengok. rupanya, interchange terawih tu, diorang minum lepas dahaga. 

kat sini imam memang buat 8 rakaat dengan bacaan satu juzuk. lepas 4 rakaat imam rileks kejap dalam 2 minit. bacaan tip top. kadang-kadang dia main lagu mishari. dekat-dekat nak habis, dia main lagu sheikh sudais. dan qunut nazilah imam Abdullah Al-yamani memang berakhir dengan esak tangis, terutamanya bab doa kesejahteraan umat Islam, terutamanya yang dihimpit kekejaman, syiria dan palestine. tersentuh sangat hati aku ni, dan suara meng-amin-kan doa qunut nazilah ini sangat-sangatlah menggentarkan jiwa.

minggu depan aku nak try surau dekat apartment aku pulak. bukan apa, nak pergi masjid Al-Qasba ni aku kena naik teksi. sekali jalan 10 dirham. pegi balik dah 20 dirham. sementara nak gaji, trylah arena surau pulak. nak kutip pengalaman. surau pakistan yang dibangunkan oleh komuniti pakistan dekat sini. surau ni tak berapa jauh, jalan kaki dalam 200 meter. bolehlah. 

memang berbeza menjalani ibadah puasa kat sini kalau nak banding dengan Malaysia. Tapi Allah itu maha sempurna dan Maha berkuasa. sejauh mana pun hambanya di dunia ini, Allah tetap dekat dengan hambanya, lebih dekat kalau dibandingkan dengan urat leher hambanya sendiri. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akbar.

menyambut ramadhan di rantau orang (sharjah, uae)

Alhamdulillah, Ramadhan Al- Mubarak datang lagi, dan bersyukurlah orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah SWT untuk mengerjakan ibadah di dalam bulan puasa. ikut ceramah ustaz haslin, para sahabat nabi dulu 6 bulan menjelang ramadhan sudah pun bersedia gear lima untuk merebut peluang bulan ramadhan. begitulah serius dan fokusnya golongan terpilih. moga-moga, kesempatan ramadhan kali ini berjaya direbut oleh kita semua. Insha'Allah.

Ramadhan kali ini untuk aku agak istimewa. sebab aku duduk di sharjah. negeri pak arab. khabarnya, sepanjang bulan ramadhan ini, semua perniagaan berkaitan makan dan minum ditutup di waktu siang. tak kira muslim ke tidak, semuanya tertakluk dengan undang-undang yang sama. macam malaysia jugak, kebanyakkan perniagaan dan kompeni tutup awal. government tutup setengah hari. entah betul entah tidak, ahad nanti tau lah samada betoi atau tidak government tutup setengah hari ke tidak.

yang paling aku tunggu-tunggu macam biasa, sembahyang terawihlah apa lagi. dapatlah terawih sekali dengan pak arab nih. dulu aku selalu tunggu sembahyang terawih live dari makkah dan madinah, insha'allah tahun ni, sekarang boleh tengok full, sebab beza sharjah dengan time sembahyang makkah satu jam jer. 

dan, ramadhan kali ini pastinya agak mencabar. cuacanya panas membahang. subuhnya awal, seawal 430 pagi, dan maghrib lebih kurang malaysia, 715 malam. pukul 3 dah kena bangun sahur dah nampaknya. 

mengenangkan sambutan ramadhan di malaysia, terkenangkan wajah isteri dan anakku si adel. ramadhan kali ini, si adel dah boleh berbuka sama. di harapkan bondanya bersabarlah dengan kerenah si adel nanti.

aduh, sungguh rindunya aku pada malaysia. tapi bersabarlah dulu, sedikit masa lagi, fajar akan menyinsing dan cahayanya pasti menghangatkan hati kita semua. 

Marhaban Ya Ramadhan Al- Mubarak. Ya Allah, terima dan redholah dengan apa yang kami usahakan. 

Salam Ramadhan.



sofi jikan dan bohsia 2012




minit ke 40 hingga 45 durasi filem bohsia 2012 adalah terbaik dan klimaks. dek lakonan, bahasa tubuh dan riak muka yang mantap, sedetik aku percaya si keting bergegar hatinya...terima kasih pada lakonlayar dan arahan teliti dan 'lain macam' syamsol yusof.

memang sepanjang durasi filem ini, lakonan 'si keting' yang dipersembahkan oleh sofi jikan sangat 'hidup' dan di kembang dengan baik. dari kepada lawak, jahat, kurang hajar, kejam dan akhirnya ganas. maknanya, 'misteri' sifat antagonis keting ditimbulkan satu persatu, yang disesuaikan dengan sturktur awal wataknya  sebagai seorang rempit ranking top tang terlalu hot di penang yang kemudiannya terpaksa berhijrah ke KL. dan keting adalah 'ketua' pada racing yang beretika. aduiii...


disebabkan keting terlalu kuat di dalam tangan sofi jikan, watak lain yang boleh di kira 'hidup' juga. namun, watak-watak penting lain seperti nabila huda, zizan, salina saibi, harun salim bachik dan samsol sendiri dirasakan 'setakuk' bawah dan tak sama level dengan watak keting.

di sepanjang cerita samsol kekal mendatar sebagai hero, zizan mendatar juga sebagai side-kick hero. harun cuma supplement pada pasangan hero dan sidekick. pertaruhan watak hitam putih antara salina dan nabila juga tidak seimbang, walaupun untuk kali ini watak salina ada juga sekali dua menonjolkan kekuatan.

namun aku kira samsol telah menggarapkan bohsia 2012 jauh lebih baik dari bohsia edisi lalu dan seimbang dengan penceritaan dan mesej. dan scene pada minit 40-45 tayangan memang terbaik.

maestro tumbang

untuk edisi euro kali ini, menyaksikan sang meastro tunduk 4-0 kepada sang matador. thiago motta mungkin paling kecewa dek cedera selepas 6 minit di bawa masuk, meninggalkan 'silent leader' andrea pirlo yang sedia cungap berseorangan menghadapai daya kreativiti xavi dan Iniesta. tapi apa boleh buat, gol jaringan jordi alba adalah penutup segala-galanya dan gol torres dan juan mata adalah bonus.

berikutnya, peranchis 2016.

wacana perdana kelantan: pru 13 dan masa depan Islam

banyak yang aku fikirkan selepas menonton wacana perdana kelantan bertajuk 'Pru 13: Masa Depan Islam' yang menjemput Dr. Maza, Dr. Fadzli (Exco Kelantan), Dr. Ridhuan Tee dan Fathul Bari selaku wakil UMNO. Aku just nak bagitahu awal-awal, moderator memang out ke laut dalam kali ni. unprepared, time management hancur, leisure tak leisure, serius tak serius, lawak hambar dan 'kayu'. tak macam agus dan maszlee malik. hampeh nyoir...

yang pasti, audiens kelantan nampaknya memang 'nak lepas geram' dengan Fathul Bari. Dan, Fathul Bari memang pun dia datang sebagai 'easy target' dan dia pun dah macam redho yang dia akan 'hit the jackpot, bigtimes'. cuma, tanpa sebarang jemputan dan paksaan, tindak tanduk dan butir bicara Dr. Ridhuan Tee pulak yang emotional dan bercelaru sifatnya sebermula pada saatnya dia membuka bicara, secara misterius telah mengalih mood 'memburu' audiens kepada dirinya, sekaligus tanpa dirancang, acara perburuan audiens telah beralih daripada fathul bari, kepada ridhuan tee.

ini dapat dilihat dengan begitu banyak soalan diajukan kepada fathul bari, namun audiens sangat-sangat responsif dengan tutur bicara ridhuan tee.

samada ridhuan tee melancarkan provokasi terhadap audiens secara sedar atau tidak, tidak dapat dipastikan. tetapi, dengan melontarkan anaologi sinikal 'great minds & small minds', mempertikaikan akhlak sorak sorai audiens yang lebih kurang sama macam umno, mengeraskan intonasi suara dan bicara, menampilkan 'body gesture' yang sangat emotional 'arrogant & rude', membuat serangan 'cheap shot' dan bacul terhadap moderator yang memang dah entah ke mana dengan melabelkan hamba Allah itu sebagai 'bias' dengan tidak semena-mena, memang ridhuan tee nampaknya cukup bersedia dengan 'resepi masterchef' nya bahawa malam itu akan jadi salah satu malam jahanam dalam hayatnya.

sedangkan, kalau tidak pun dia hadir sebagai manusia biasa, salahkah kalau dia berkelakuan matang dan professional, apatah lagi dia sendiri mendakwa dia seorang dai'e dan mempunyai tahap intelektual bertaraf doktor falsafah (aku tak pasti dalam bidang apa), seharusnya skill berbahas dan berdebatnya, serta 'emotional maneuver' nya  tak lari jauh dengan Dr. Maza. ini dah lari jauh sangat. memang sangat-sangat pelik aku tengok gelagat ridhuan tee kali ni. dalam markah penghujahannya pulak, aku rasa dia jatuh nombor corot, dan kalaulah aku pernah tengok atau jumpa orang yang telah sangat-sangat ditakutkan oleh idea kebangsaan melayu Islam akan hilang dengan tumbangnya UMNO, tidak keterlaluan kalau aku kata ridhuan tee lah orangnya, padahal dia berbangsa cina. satu masalah matematik agung kat situ.

akhirnya, secara ringkas, ianya adalah majlis wacana yang  cukup celaru dengan perangai ridhuan tee di tambah dengan huraian panjang lebar fathul bari yang aku rasa berat kulit dari isi, moderator yang dah mengembara entah ke mana walaupun fizikalnya masih di atas  pentas, wakil pas yang menganga dan audiens yang penuh semangat nak memburu. nasib baiklah ada Dr. Maza yang sekali sekala mencelah dengan hujah dan ulasan yang bukan sahaja mendakap realiti, tetapi juga merangsang dan mencerahkan minda.

aku datang nak tengok dalam keadaan keliru, tengok pulak perjalanan majlis yang keliru, plus point dengan senarai penghujahan yang keliru. apabila habis sudah segala mala sorak dan sorai, akhirnya aku balik juga pada keadaan yang penuh kekeliruan, cuma kekeliruan itu, kini makin bertambah.

macam yang Dr. Maza tanya dalam wacana tersebut, kalau benarlah selepas pru 13 nanti masa depan Islam terancam, tolonglah nyatakan siapa dan dalam bentuk apakah ancaman itu. aku tau itu soalan Dr. Maza 'pancing' ridhuan tee dan fathul untuk jawab, tapi apa boleh buat, memikirkan soalan itu sahaja sudah cukup mengelirukan. 

youtube keywords search: pru 13: mmasa depan islam?
youtube channel : sunnahrasul

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...